PRN Johor: Keputusan PRN Johor Isyarat Rakyat Tidak Suka Dipermainkan – Mohamad Hasan

PRN Johor: Keputusan PRN Johor Isyarat Rakyat Tidak Suka Dipermainkan-Mohamad Hasan

JOHOR BAHRU: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam, adalah isyarat bahawa rakyat tidak suka dipermainkan sehingga mendorong kepada ‘gelombang’ hampir sama pernah tercetus pada 2018.

Bagaimanapun, gelombang ditafsirkan sebagai sentimen penolakan itu ditujukan kepada Pakatan Harapan (PH) kali ini, apabila cengkaman di beberapa kubu kuat gabungan pembangkang berjaya ditembusi Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi BN yang juga Pengarah PRN Johor BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, ketika mengutarakan pendirian sedemikian berkata rakyat menuntut pembelaan dan dasar yang berupaya memacu sosioekonomi mereka apabila mandat diberikan.

Seandainya tanggungjawab itu gagal dipenuhi dan mengundang penderitaan masyarakat dalam pelbagai aspek, beliau berkata, rakyat akan sentiasa ingat, meskipun pemimpin politik kembali menabur ‘janji melangit’ ketika berkempen.

“Gelombang sama dihadapi, terutama oleh PH kerana PKR mengalami banyak kekalahan, begitu juga DAP di tempat kubu kuat mereka.

“Sejahterakan rakyat, sejahterakan negara, meningkatkan ekonomi. Bukan sebuah kerajaan yang diberikan mandat, tetapi tidak tahu mengurus dan akhirnya rakyat yang akan menderita, negara menjadi kucar-kacir,” katanya kepada BH di ibu pejabat UMNO Johor, di sini, semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan BN melakar kemenangan selesa dengan mendapat majoriti dua pertiga, iaitu 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, diikuti PH 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) (tiga) dan masing-masing satu kerusi oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) serta PKR.

Peratusan keluar mengundi bagi PRN Johor Ke-15 ialah 54.92 peratus atau 1,426,573 orang, iaitu kadar terendah berbanding Melaka dan Sarawak, yang masing-masing 65.85 serta 60.67 peratus.

Pasca PRN Johor, Mohamad berkata, tiada istilah ‘bulan madu’ bagi BN, sebaliknya perlu mengambil beberapa iktibar.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, BN harus ingat bahawa gelombang sama bakal didepani mereka sekiranya gagal mengurus pentadbiran penggal baharu Kerajaan Johor.

“Setiap lima tahun kita akan berdepan rakyat, maka kemenangan hari ini pun, BN terutama Kerajaan Johor baharu ini perlu mengambil iktibar kerana jika kita tidak dapat mengurus dengan baik, rakyat akan menolak kita.

“Seperti mana rakyat menolak PH di Johor. Apa juga yang jelas pada saya hari ini (semalam) ialah pihak sana mengatakan bolehlah BN menang kerana orang banyak tak keluar.

“Yang tak keluar itu adalah pengundi mereka. Pengundi lain, pengundi BN, keluar. Jadi maknanya pengundi mereka sendiri yang menolak mereka.

“Itu mesej, isyarat yang dapat saya baca. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pengundi Johor. Sebagai pengarah pilihan raya, tugas saya sudah selesai,” katanya.

Mengambil pendekatan berhemah dalam berpolitik, Mohamad berkata, jentera BN cuba untuk tidak melukakan hati sesiapa, dengan menjaga tutur kata sepanjang tempoh berkempen selama dua minggu.

Bagaimanapun, beliau yang mewakili ribuan jentera parti memohon maaf kepada pihak berkaitan seandainya ada sebarang kekhilafan.

“Walaupun kita cuba untuk tidak melukakan hati sesiapa, menjaga tutur kata, tetapi jika ada apa-apa kesilapan, terkasar bahasa, terlanggar perbuatan, saya bagi pihak anak-anak buah saya, yang berkempen selama lebih dua minggu, saya meminta maaf,” katanya.-BH

PRN Johor: Keputusan PRN Johor Isyarat Rakyat Tidak Suka Dipermainkan-Mohamad Hasan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker