‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]

‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]

TULAR satu video memaparkan seorang wanita sedang menjual pau kepada seorang pelanggan lelaki di sebuah gerai di tepi jalan sehingga menarik perhatian netizen.

Video itu dipercayai dirakam oleh isteri kepada pelanggan lelaki tersebut yang sempat mengusik seolah-olah suaminya ‘terpikat’ dengan kecantikan penjual pau berkenaan.

GARA-GARA video di TikTok memperlihatkan kegigihannya berniaga pau di tepi jalan, penyanyi Bienda mendedahkan dihubungi ramai pihak yang menyangka dia kini berdepan kesukaran hidup.



VIDEO DIBAWAH:-

Bagaimanapun pemilik nama Nor Razlinda Razli, 37, berkata, status sebagai seorang selebriti bukanlah halangan untuk dia mencuba sesuatu yang baharu

“Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga.



“Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolong.

“Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya juga dapat membantu peniaga kecil lain apabila mempromosikan perniagaan mereka,” katanya kepada mStar.

Bienda dan suami mengusahakan sebuah gerai Papa Pau Bienda yang tarletak bersebelahan Petronas di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, sebuah video TikTok memperlihatkan penyanyi itu sedang berniaga pau dikongsi oleh seorang individu.



Rata-rata netizen memuji wanita penjual pau itu apabila sanggup berpanas demi mencari rezeki.“Cantik tapi sanggup berpanas demi rezeki.“MasyaAllah cantiknya, semoga Allah pelihara akhlak dan imannya sentiasa.

“Kirim salam pada wanita itu. Bidadari mana ni? Kalau dekat, hari-hari saya beli pau kat dia,” ujar netizen.

Dalam pada itu, Bienda yang juga anak kepada penyanyi Shieda, berkata, usaha yang dilakukan itu sedikit sebanyak memberi galakan kepada orang ramai yang kehilangan pekerjaan untuk memulakan perniagaan.



Selain itu dia yang turut mempunyai perniagaan tudung jenama sendiri mengakui sukar memasarkan produk dalam acaraacara jualan besar seperti sebelum ini.

“Disebabkan pandemik, tak banyak acara jualan yang berlangsung. Jadi perniagaan tudung saya hanya dilakukan secara atas talian sahaja.

“Saya juga mengharap dengan perniagaan pau ini dapat memberi galakan mereka yang kehilangan kerja untuk cuba berniaga kerana memang boleh buat duit,” jelasnya.

Dalam masa sama, dia juga tidak sangka perniagaan yang diusahakan sejak hujung Disember 2021 semakin mendapat sambutan. Malah ada peminat yang jauh sanggup datang untuk merasa sendiri pau jualan Bienda.



“Tak sangka pula jualan pau ini sudah menjadi bualan ramai. Sebagai seorang selebriti ini adalah kelebihan yang boleh saya
gunakan untuk tujuan promosi.

“Selain itu saya galakkan juga peminat yang berada di luar Kuala Lumpur untuk mencari rangkaian jenama pau ini di kawasan berhampiran mereka.

“Melihat susah-payah peniaga kecil lain mempromosikan produk mereka seperti ini memberi satu pengalaman baru buat saya,” ujarnya.



Untuk rekod, Bienda mendirikan rumah tangga dengan Kamarul Zariman Abd Rahman pada Oktober 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Lavienda Namiraz serta Laxiendra Namiraz.

Penyanyi berusia 37 tahun itu memiliki akaun bisnes bagi mempromosikan jualan pau buatan miliknya.

Bagaimanapun pemilik nama Nor Razlinda Razli, 37, berkata status sebagai seorang selebriti bukanlah halangan untuk dia mencuba sesuatu yang baharu.

“Ramai yang menghubungi bertanyakan adakah sekarang saya hidup susah kerana berniaga pau di tepi jalan?

“Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga.

“Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolong.

“Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya juga dapat membantu peniaga kecil lain apabila mempromosikan perniagaan mereka,” katanya kepada mStar.

‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker