Kerana bising memasak, wanita tampar rakan serumah

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, rakan serumah mangsa sudah dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

PETALING JAYA: Seorang wanita bertindak menampar rakan serumahnya kerana didakwa membuat bising di dapur hingga mengganggu tidurnya, Ahad lalu.

Kejadian yang berlaku di Bandar Utama, Damansara dirakam menerusi kamera litar tertutup sebelum tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia lingkungan 30-an itu yang mendakwa dipukul rakan serumahnya.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang sedang memasak di dapur didatangi rakan serumahnya yang mendakwa terganggu.

“Wanita terbabit kemudian menampar mangsa dan tindakan itu dirakam CCTV di dapur,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Menurutnya, rakan serumah mangsa sudah dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker