MCA rampas 4 kerusi, DAP akui mula hilang pengaruh

Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang mengakui DAP gagal mempertahankan empat kerusinya di Johor, iaitu Yong Peng, Bekok, Paloh dan Pekan Nanas.

Dakwanya, DAP dan PH mungkin memenangi lebih banyak kerusi jika mereka mempunyai seminggu lagi untuk berkempen.

“Kalau kita ada lagi seminggu berkempen, BN akan (menang) kurang kerusi. Mereka tidak boleh memenangi majoriti dua pertiga dan ia akan jadi tamparan kepada (bekas perdana menteri) Najib Razak.



“Sebab ini menunjukkan rakyat Johor sedar mereka tidak boleh menyokong semula a golongan kleptokrat sebagai perdana menteri di Malaysia.

“(Namun), kami tidak mempunyai tambahan seminggu itu. Satu minggu tambahan semua akan berbeza di Johor,” kata Lim kepada media ketika tiba di pusat penjumlahan PH di Senai.

Sementara itu, Lim mengucapkan tahniah kepada Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong atas kemenangannya di Perling dan berterima kasih kepada Liew atas kepimpinannya dalam masa yang sukar.

Lim juga memberi penghormatan kepada calon DAP Yong Peng, Alan Tee Boon Tsong kerana menawarkan diri untuk bertanding di “kerusi berbahaya”.



Selain Yong Peng, DAP juga kehilangan kerusi DUN Paloh yang sebelum ini disandang oleh Adun Melayu tunggal parti itu, Sheikh Omar Ali.

“Setakat ini, MCA telah memenangi Yong Peng (Ah Soon), Pekan Nanas (Tan Eng Meng) dan Paloh (Lee Ting Han), Tahniah,” kata presiden MCA Wee Ka Siong dalam satu hantaran di Facebook.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi



Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik



Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker