Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR


Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR

Saifuddin Nasution Ismail hari ini secara rasmi mengumumkan akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Dengan pengumuman itu, beliau akan mencabar bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mengumumkan bertanding jawatan itu lebih awal sebelum ini.

“Dengan penuh keinsafan dan rendah diri saya Saifuddin Nasution mengumumkan pada hari ini bahawa saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan PKR kali ini,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan Cabang, Wanita dan Pemuda seluruh Kelantan hari ini.

Saifuddin juga berkata beliau berjanji akan menghormati segala keputusan ahli parti sama ada mahu memilih atau menolak beliau dalam merebut jawatan itu.

“Jika terpilih, saya akan tunai amanah, jika tak tak terpilih saya berjanji akan terus kekal berkhidmat untuk parti PKR dalam apa juga peranan, ini tekad saya,” kata Setiausaha Agung PKR itu.

Katanya, beliau juga menganggap pertembungannya dengan Rafizi dalam merebut jawatan itu sebagai persaingan “sahabat” dalam menyumbang kepada parti.

“Sikap saya betul-betul datang dari jiwa saya bahawa saya alukan pengumuman awal sahabat saya, Rafizi yang ikut menawar diri (tanding jawatan). Sejujurnya persaingan ini tawaran dua rakan yang ingin menyumbang kepada keutuhan parti melalui proses demokrasi dalam perlembagaan parti, ini sikap dan pendirian saya,” katanya sambil memaklumkan beliau akan menggunakan pengalaman 23 tahun dalam parti itu jika dipilih.

Sebelum ini, Rafizi, yang juga Naib Presiden mengumumkan hasrat bertanding untuk jawatan tersebut.

Seorang lagi yang turut mempunyai hasrat sama adalah Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang dilapor sebagai berkata, beliau sanggup mengundur diri daripada pertandingan tersebut sekiranya Saifuddin sah bertanding untuk Timbalan Presiden. FMT

Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker