Pelakon Zarina Anjoulie Mengaku Ambil Dadah

Pelakon Zarina Anjoulie Mengaku Ambil Dadah

MAHKAMAH Majistret Seremban menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap selebriti sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah Mohamad Fahizul atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan pada Jun tahun lalu.

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap selebriti berusia 34 tahun itu selepas dia membuat pengakuan bersalah pada Selasa

Pendengaran kes Zarina sepatutnya diadakan pada Rabu, namun peguam yang mewakili selebriti itu, Ahmad Faiz Munawar memohon kepada mahkamah untuk diadakan lebih awal iaitu pada Selasa.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman kepada pihak media.

“Sepatutnya (kes) berjalan hari ini, namun peguam yang mewakili selebriti itu, Ahmad Faiz Munawar memohon kepada mahkamah untuk diadakan lebih awal iaitu pada Selasa (semalam)

“Selain didenda RM4,000, mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun dan jika gagal membayar denda berkenaan dia berdepan hukuman penjara empat bulan,” katanya.

Bagaimanapun, Zarina telah membayar denda itu.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

Terdahulu, Zarina didakwa di Mahkamah Majistret sama atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine dan ujian saringan air kencingnya didapati positif dadah jenis itu-mSTAR

Pelakon Zarina Anjoulie Mengaku Ambil Dadah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker