PM kata Malaysia berjaya peroleh RM70 bilion nilai perdagangan, pelaburan

 

DUBAI – Malaysia berjaya memperoleh RM70 bilion secara keseluruhan bagi nilai perdagangan, pelaburan dan business leads selepas 26 minggu menyertai Ekspo 2020 Dubai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam berkata, ia melebihi sasaran awal iaitu antara RM8 bilion hingga RM10 bilion bagi potensi peluang perdagangan dan pelaburan.

Menurut beliau, sasaran ditetapkan itu adalah berdasarkan pencapaian Malaysia di Ekspo Astana, Kazakhstan pada 2017.

Katanya, nilai RM70 bilion itu diperolehi melalui 131 memorandum persefahaman (MoU) atau perjanjian perkongsian dan pertanyaan perniagaan melibatkan sejumlah 4,558 mesyuarat, termasuk potensi padanan perniagaan.



“Sukacita juga saya umumkan satu lagi pencapaian membanggakan Pavilion Malaysia sejak bermulanya penganjuran Ekspo 2020 Dubai sehingga semalam, Pavilion Malaysia telah menerima 1.1 juta pengunjung. Syabas diucapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Apresiasi Ekspo 2020 Dubai di Club 2020, Emaar di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Pavilion Malaysia telah menerima kunjungan lebih daripada 130 delegasi peringkat tinggi antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Oman, India dan Myanmar.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan berharap agar Hab Teknologi dan Inovasi Malaysia menjadi pencetus inspirasi kepada inovator masa hadapan.



Sehubungan itu, beliau berkata, Aerodyne Group akan menjadikan Pavilion Malaysia sebagai ibu pejabat kedua global dan semua kos operasi akan diuruskan oleh pihak berkenaan.

Tambah beliau, Malaysia juga bersedia untuk menyertai Ekspo Dunia yang akan diadakan di Osaka, Jepun pada 2025.

“Ini membuktikan prinsip Malaysia yang berpegang kepada dasar neutral dan mengekalkan hubungan aman dengan semua negara dalam meningkatkan lagi hubungan dengan negara lain di rantau ini,” katanya

PM umum Malaysia peroleh RM70 bilion nilai perdagangan, pelaburan



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker