DBP bidas Syed Saddiq

DBP bidas Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat tidak memahami maksud keperluan penguasaan bahasa Melayu seperti dinyatakan Perdana Menteri, kata Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Abang Sallehuddin Abg Shokeran.

Abang Sallehuddin berkata, setiap rakyat perlu menguasai bahasa kebangsaan dan kerajaan tidak pernah menghalang untuk mempelajari dan menguasai bahasa lain.

“Yang dia (Syed Saddiq) silap faham ni kenapa. Bukankah Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) dah tegaskan (perkukuh bahasa Melayu), maknanya untuk urusan rasmi kita dalam negara, gunalah bahasa kebangsaan, takkan dalam negara nak guna bahasa Inggeris atau bahasa lain.

“Tapi untuk hubungan antarabangsa, kita perlu belajar. Mana ada Perdana Menteri kata jangan belajar bahasa lain… tidak. Kena faham perkara itu dari sudut kenegaraan. Kita kata, utamakan bahasa kebangsaan kerana ini imej kita,” katanya kepada FMT.

Syed Saddiq hari ini meminta kerajaan menyediakan pelan untuk menangani halangan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat supaya mereka tidak terlepas peluang ekonomi yang lebih besar.

Presiden MUDA itu turut menegaskan bahasa Inggeris adalah bahasa perdagangan antarabangsa dan rakyat mesti menguasainya untuk mendapat akses peluang di seluruh dunia.

Mengulas perkara itu, Abang Sallehuddin berkata, setiap orang perlu membuka lebih ruang penguasaan bahasa lain dan tidak hanya tertumpu kepada bahasa Inggeris semata-mata.

Malah katanya, jika dilihat dari sudut ekonomi masa kini, penggunaan bahasa Mandarin lebih besar peluangnya.

Katanya, DBP bukan menolak bahasa Inggeris sebaliknya hanya mempertahankan kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Abang Salehuddin berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

Justeru, beliau berkata bagi memberi lebih pemahaman kepada semua wakil rakyat, DBP akan mengadakan sesi dialog bersama mereka di Dewan Rakyat.

“Kita akan atur juga sebab kita nak sangat ada program di Parlimen bersama wakil rakyat sebab kita nak juga sokongan mereka.

“Saya rasa tak ada wakil rakyat yang tak menyokong kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan, semua bercakap bahasa Melayu di Parlimen,” katanya. FMT

DBP bidas Syed Saddiq


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker