23 kes pencerobohan kapal China di perairan negara direkod tahun lalu

Semalam, kapal Pengawal Pantai China dan Tentera Laut Diraja Malaysia dilaporkan bertembung berhubung penerokaan hidrokarbon di 44 batu nautika dari Sarawak di Laut China Selatan. (Gambnar Reuters)

Pemantauan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapati sebanyak 23 kes pencerobohan oleh kapal China pada tahun 2021 di Zon Maritim Malaysia (ZMM) di Laut China Selatan telah direkodkan.

Dalam jawapan parlimen, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata Pengawal Pantai China (CCG) dikesan berada di perairan negara ini sejak 2013.

“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menugaskan kapal perang TLDM untuk berada di perairan tersebut secara berterusan dan diselangi dengan penugasan kapal daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi mengukuhkan hak kedaulatan negara melalui pelaksanaan Operasi SATRIA dan Operasi SINAR SAMUDERA.

“Penugasan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) secara berkala juga membantu dalam aspek pemantauan dan mempertahankan kedaulatan ZMM negara di Laut China Selatan,” kata Hishammuddin dalam jawapan kepada kepada Larry Sng (Bebas-Julau).

Kapal China juga sering dikesan berhampiran Luconia Shoals yang terletak dalam ZEE Malaysia di luar pantai Sarawak.

Pada Julai 2020, Jabatan Audit Negara berkata Malaysia merekodkan 89 pencerobohan oleh CCG dan Tentera Laut Pembebasan Rakyat (PLAN) di perairan negara antara 2016 dan 2019.

Ketua juruaudit negara juga menyatakan bahawa kerajaan China berulang kali mengabaikan notis bantahan mengenai pencerobohan itu.

Susulan itu, Wisma Putra memanggil duta republik itu untuk menyampaikan bantahan terhadap pencerobohan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia di luar pantai Sabah dan Sarawak.

ZEE sebuah negara merentang hingga 200 meter nautika (370km) ke laut.

Laporan berita pada Julai 2020 memetik Hishammuddin, yang juga menteri luar negeri ketika itu, berkata bahawa tiada kapal pengawal pantai dan tentera laut China ditemui di perairan Malaysia

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker