Najib saman Chegubard

Najib saman Chegubard

Najib Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Bersatu, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard kerana memfitnah beliau berhubung ayat “Apa lagi Cina mahu?”.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau sudah memberikan tempoh 24 jam kepada Chegubard untuk menafikan tuduhan itu, namun beliau enggan “mengalah”.



“Dia kata memang ada bukti muka hadapan Utusan dan ‘beberapa media’ pernah melaporkan ucapan ugutan saya tersebut pada 2013. Bebalnya.

“Tak payah buang masa dengan individu yang gagal bezakan tajuk berita media dengan apa yang saya ucap sebenarnya. Saya saman,” katanya di Facebook.

Najib berkata, Chegubard boleh membacakan semua artikel yang dilaporkan media di mahkamah untuk membuktikan beliau pernah mengugut atau menggunakan ayat “Apa lagi Cina mahu?”.

“Jika dia tak berjaya cari, maka kami berterima kasih kepada dia sebab dia bakal sumbang bantuan besar-besaran secara paksa untuk saya agihkan kepada rakyat,” katanya.



Jumaat lalu, Chegubard dalam catatan di Facebook menuduh Najib menipu dalam satu majlis di Pulau Pinang bahawa beliau tidak pernah menyebut “Apa lagi Cina mahu”.

Chegubard mendakwa ugutan Najib itu dilaporkan di muka depan akhbar arus perdana pada Mei 2013, selepas berlaku tsunami pengundi Cina pada pilihan raya umum ke-13. FMT

Najib saman Chegubard


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah



Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker