Gambar Bersama Wanita Seksi, Chubb-E Mahu Cari Tukang Sebar

Gambar Bersama Wanita Seksi, Chubb-E Mahu Cari Tukang Sebar

Penyanyi dan pelakon Chubb-E menerusi ‘instastory’ bersuara untuk mencari ‘dalang’ yang menyebabkan namanya hangat diperkatakan di media sosial.

Semuanya bermula apabila beberapa keping gambar menunjukkan dia bersama seorang wanita seksi tular.

Menurut laporan, gambar itu adalah sedutan daripada video muzik lagu terbaru berjudul Rambang, nyanyiannya bersama Zyc.

Berdasarkan gambar yang tersebar itu, seorang wanita dilihat sedang duduk di ‘arm rest’ yang diduduki Chubb-E.

Apa yang membuat ia mendapat perhatian adalah model wanita itu dilihat hanya memakai jaket menutupi lengan dan belakang sementara bahagian lain dibiarkan terdedah.

Beberapa lelaki dipercayai penari di dalam video muzik tersebut mengelilingi Chubb-E dan wanita berkenaan. Justeru, ramai netizen berpendapat penampilan tersebut terlalu seksi.

Memberi respon di Instagram, kata Chubb-E dia sangat kecewa apabila gambar itu sengaja disebarkan oleh individu tertentu.

Susahlah manusia sekarang ni, kau ingat kau letak gambar tu kau dapat apa? Kau tunggu dik, aku cari kau.”
Difahamkan, lagu dan video muzik Rambang itu bakal dilancarkan di semua platform penstriman muzik esok. Bn

Gambar Bersama Wanita Seksi, Chubb-E Mahu Cari Tukang Sebar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Kereta Terpanjang Di Dunia…Lengkap Helipad, Kolam Renang Dan Boleh Main Golf Sekali! [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker