Kereta Terpanjang Di Dunia…Lengkap Helipad, Kolam Renang Dan Boleh Main Golf Sekali! [VIDEO]

Kereta Terpanjang Di Dunia…Lengkap Helipad, Kolam Renang Dan Boleh Main Golf Sekali!

KERETA terpanjang di dunia tmemecahkan Rekod Dunia Guinness selepas ia dibaik pulih, yang kini berukuran 100 kaki (30 meter).



Kenderaan itu mempunyai 26 tayar, sebuah kolam renang, padang golf mini dan helipad (landasan untuk helikopter), serta boleh memuatkan kira-kira 75 orang di dalamnya.

Digelar American Dream, limosin itu dihasilkan pada 1986 oleh penyesuai kereta, Jay Ohrberg di California, Amerika Syarikat.

Ohrberg kemudian memanjangkannya sehingga 30 meter untuk merangkul rekod dunia dan kereta itu dipaparkan dalam beberapa filem sebelum disimpan di sebuah gudang di New Jersey.



Lama-kelamaan kenderaan itu menjadi usang sehingga Michael Manning, pemilik muzium pengajaran teknikal Autoseum di New York, mengambil tugas besar dengan memulihkannya.

Bagaimanapun, kos yang tinggi dalam memulihkan kenderaan sebesar itu memperlahankan usaha Manning.



Usaha Manning dalam memulihkan kereta tersebut kemudian diteruskan selepas mendapat penyumpang dana.

Selepas dua setengah tahun, American Dream siap dipulihkan dan kini akan dipamerkan di Muzium Kereta Dezerland Park.



“Kereta ini tidak boleh digunakan di jalan raya kerana terlalu panjang. Ia dihasilkan untuk dipamerkan,” kata Manning. – Daily Star

 VIDEO DIBAWAH:-

Kereta Terpanjang Di Dunia…Lengkap Helipad, Kolam Renang Dan Boleh Main Golf Sekali!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker