Tiada rundingan ambil alih Sapura – Petronas



Tiada rundingan ambil alih Sapura – Petronas

Syarikat minyak dan gas negara Petronas menafikan mengadakan sebarang perbincangan dengan kerajaan mengenai cadangan untuk mengambil alih Sapura Energy Bhd.

Petronas mengakui bahawa wujud spekulasi mengenai “rundingan” dengan Putrajaya mengenai cadangan untuk mengambil alih kepentingan signifikan dalam Sapura.

Menurutnya dalam kenyataan hari ini, Petronas “menyangkal secara mutlak” laporan dan spekulasi berhubung perkara tersebut.

“Petronas sentiasa dan akan terus dipandu hanya oleh rangka kerja yang mantap untuk sebarang pertimbangan pelaburan atau penjualan,” katanya.




Syarikat itu menegaskan bahawa ia kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan peserta perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas serta memanfaatkan kepakaran dan keupayaan mereka memandangkan aktiviti kini meningkat sejajar dengan pemulihan industri daripada impak Covid-19.

Sapura, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), mengumumkan kerugian RM8.9 bilion tahun lepas, yang menurut bekas perdana menteri Najib Razak, adalah nilai terbesar dalam sejarah bagi mana-mana GLC di negara ini.

Ahli Parlimen Pekan itu menyarankan agar kerajaan memberi pinjaman dengan faedah mudah atau menjamin pinjaman kepada Sapura bagi menyelesaikan masalah aliran tunainya.

Sebagai alternatif, beliau turut mencadangkan agar kerajaan mengarahkan Petronas atau Khazanah Nasional mengambil alih pemilikan Sapura kerana menurutnya, Petronas lebih memahami sektor ini dan masih memerlukan perkhidmatan Sapura bagi projeknya. FMT

Tiada rundingan ambil alih Sapura – Petronas





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis



Leave a Reply

Your email address will not be published.