Angkara menipu disamun, dirogol, wanita dihadapkan ke mahkamah
Angkara menipu disamun, dirogol, wanita dihadapkan ke mahkamah
SERDANG – Perbuatan seorang wanita membuat laporan palsu mendakwa dia disamun dan dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki warga Afrika mengundang padah apabila dia bakal dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihak polis menerima laporan yang dibuat wanita berusia 20 tahun itu pada 1 Februari lalu.
“Berdasarkan laporan, dia mendakwa telah disamun dan dirogol ketika berada di tepi jalan SP5/4 Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, dekat sini.
“Lima lelaki warga Afrika didakwa mengambil barang miliknya dan merogolnya secara bergilir-gilir,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pegawai penyiasat kemudiannya menjalankan siasatan dan hasil laporan doktor perubatan menunjukkan tiada kesan rogol berlaku terhadapnya.
“Pada masa sama, dia turut dibawa ke lokasi kejadian namun gagal menunjukkan tempat dan bagaimana kejadian berlaku, malahan gagal mengecam wajah kesemua suspek yang dikatakan terbabit dalam kejadian itu,” katanya.
Jelas beliau, hasil siasatan lanjut mendapati terdapat keraguan terhadap laporan polis yang dibuat.
Pada peringkat awal siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK).
Namun katanya, selepas kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, wanita tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 182 KK kerana disyaki membuat laporan palsu.
Tambah Anbalagan, wanita terbabit akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok. K Online
Angkara menipu disamun, dirogol, wanita dihadapkan ke mahkamah
Baca Artikel Menarik:
- KMahathir mahu tubuh Gerakan Pejuang Nasional?
- Boo Cheng desak Guan Eng undur diri
- Kenapa Petronas Perlu Ambil Alih Sapura Energy
- Kisah sukses dua jutawan wanita
- Diskriminasi agama di India, pelajar berhijab dilarang ambil peperiksaan
- China semakin galak
- Sapura Energy: Rafizi kutip fakta dari longkang
- Perompak kedai emas lari, ‘kecut’ dengar jeritan wanita
- Nurul, Nik Nazmi, Rodziah antara nama besar dalam ‘cai’ Rafizi
- Tak serik walau dah curi hampir 100 telefon bimbit
- Zul Ariffin boleh tolak, tetapi dia pilih sedap – Awie
- Datuk Adly tipu projek RM3.8b didenda RM3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cara Mudah Trace Semula Password
Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa