Kenapa Petronas Perlu Ambil Alih Sapura Energy
Oleh Nurul Aishah
JIKA Petronas berorientasikan keuntungan, syarikat tersebut perlu segera mengambil alih Sapura Energy dari PNB sebelum tangan ghaib dengan rakus “merembat” syarikat yang berdaya maju tersebut.
Sekiranya Petronas mengutamakan kebajikan juga maka mereka perlu segera “take over” Sapura Energy bagi menjaga kepentingan pelabur ASB, PNB, KWSP dan lain-lain lagi serta “vendor”@pembekal Bumiputra.
Dengan kata lain, cadangan Datuk Seri Najib Tun Razak agar Petronas mengambil alih Sapura Energy dari PNB adalah sangat tepat.
Tambahan pula, Petronas memang pelanggan Sapura Energy dan perlukan perkhidmatan, kepakaran dan aset-aset Sapura. Petronas juga ada pengalaman yang mendalam bagi sektor minyak dan gas.
Petronas kini dalam “mode” pelaburan dengan perbelanjaan CAPEX yang naik dari RM30b tahun lepas ke RM50b tahun ini disebabkan harga minyak dan gas amat tinggi.Jika Petronas tidak mengambil alih Sapura, kontrak Petronas mungkin terpaksa diberi kepada syarikat-syarikat asing juga.
Memandangkan harga minyak dan gas melambung tinggi, maka peluang bagi syarikat perkhidmatan oil dan gas adalah paling baik. Ini bermakna setelah Petronas mengambil alih dan memberi pinjaman mudah atau suntik wang baharu maka
1. Sapura boleh sambung beroperasi untuk menyiapkan kontrak dan tidak lagi terdedah kepada risiko penalti lewat dari pelanggan
2. keyakinan vendor akan pulih
3. keyakinan pelanggan akan pulih
4. keyakinan bank untuk memberi semula kemudahan kewangan kepada Sapura akan pulih.
Selepas pulih, nilai Sapura akan naik semula ke paras sepatutnya iaitu berpuluh kali ganda lebih tinggi berbanding sekarang. Kemudian Petronas boleh menjual sebahagian kepentingan saham dalam Sapura untuk mengaut keuntungan besar sebagaimana Petronas menjual 5.11% daripada MSIC dengan nilai RM1.8 bilion pada tahun 2019 di bawah kerajaan PH dan penjualan kepentingan 6% dengan nilai RM1.77 bilion pada bulan Disember 2020 bawah kerajaan PN. Selepas kedua-dua penjualan saham tersebut, Petronas masih pemegang saham terbesar syarikat MISC.
Oleh sebab Sapura bakal berjaya dipulihkan maka RM4 bilon wang rakyat dalam ASB dapat diselamatkan dan kerajaan berpotensi menjana keuntungan berpuluh bilion Ringgit setelah nilai Sapura pulih ke keadaan sebelum kemelutnya.
Ketika itu, kerajaan akan mempunyai dana yang jauh lebih besar ekoran kenaikan nilai Sapura untuk membantu Rakyat.
Pekerja Sapura serta vendor-vendor Sapura gembira, bank-bank tempatan serta tabung-tabung simpanan rakyat menarik nafas lega, kerajaan tersenyum riang dan pemegang ASB juga lega.
Negara juga akan mempunyai syarikat Multinasional(MNC) yang lebih kuat dalam sektor paling penting negara iaitu sektor oil dan gas.
Datuk Seri Najib lebih cenderung berfikir bagaimana cara terbaik untuk membantu dan melihat negara membina kekayaan (wealth creation) manakala Pakatan Harapan pula lebih suka membinasakan kekayaan negara(wealth destruction).