Boo Cheng desak Guan Eng undur diri



Boo Cheng desak Guan Eng undur diri

Dr Boo Cheng Hau daripada DAP Johor menggesa Lim Guan Eng berundur sebagai pengerusi kebangsaan parti itu, memetik perbicaraan rasuah projek terowong dasar laut yang sedang berjalan membabitkan Ahli Parlimen Bagan itu.

Boo berkata, ahli jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) baharu DAP sepatutnya bebas daripada sebarang beban untuk memacu parti itu ke hadapan dalam meraih semula keyakinan rakyat dan menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir.

“Mana-mana pemimpin yang dibebani tuduhan rasuah atau sebarang skandal patut mengambil inisiatif meletak jawatan bagi mengelak daripada menghantar isyarat salah mengenai nilai-nilai parti kepada masyarakat umum dan menjejaskan kedudukan parti pada PRU15.”

“Saya percaya pengerusi kebangsaan (Lim) adalah seorang pemimpin yang berkebolehan dan boleh membuat kemunculan semula pada bila-bila masa jika terbukti tidak bersalah di mahkamah.




“Saya berpendapat pengerusi kebangsaan patut mengundurkan diri,” katanya dalam kenyataan.

Bekas ADUN Skudai itu berkata, Lim harus berundur atas dasar “cintanya kepada parti”.

Beliau menggesa mentor parti Kit Siang agar turut menasihati anaknya supaya melepaskan jawatan.

Beliau juga menggesa Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo agar menarik diri daripada menjadi peguam bela Guan Eng di mahkamah bagi mengelak sebarang konflik kepentingan, termasuk kemungkinan menggantikannya sebagai pengerusi.

Katanya, sukar bagi DAP untuk mengekalkan prinsip dan nilai terasnya jika ia dipimpin oleh individu yang berdepan tuduhan di mahkamah.




Menggunakan “penganiayaan politik” sebagai pembelaan secara tidak langsung memberi “tekanan tidak wajar” ke atas badan kehakiman, tambahnya.

“Justeru, ia bertentangan dengan pendirian jangka panjang parti dalam menegakkan kebebasan kehakiman,” katanya.

“Saya percaya peletakan jawatan secara tegas adalah (langkah) baik untuk pengerusi kebangsaan dan imej parti. DAP tidak boleh menyokong cara Umno mengendalikan isu seperti ini ketika kita berusaha untuk menjadi parti politik dan negara bertaraf dunia.”

Boo memetik bagaimana Parti Tindakan Rakyat dan Parti Pekerja di Singapura mengkehendaki pemimpin atau ahlinya yang berdepan tuduhan rasuah sama ada berhenti atau dipecat daripada parti.

“Ini adalah cara yang patut diamalkan parti politik bertaraf dunia. DAP dan pengerusi kebangsaan patut mematuhi standard pemimpin-pemimpin ini,” katanya.




Secara berasingan, Boo memberitahu FMT beliau sedia dikritik atas kenyataan ini, namun menegaskan bahawa DAP harus berubah atau berdepan risiko kehilangan keyakinan rakyat disebabkan “sel-sel kanser”. FMT

Boo Cheng desak Guan Eng undur diri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri



Leave a Reply

Your email address will not be published.