Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Ibu kepada seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun terkejut apabila melihat perut anaknya itu semakin membesar.

Menurut laporan Harian Metro, rupa-rupanya remaja tersebut telah mengandung empat bulan selepas dirogol sepupunya sendiri di rumah mereka yang terletak di Kulim, Kedah.



Perkara ini dikatakan terbongkar selepas ibunya sendiri mendesak supaya memberitahu cerita sebenar dan mengaku dirogol pada September tahun lepas ketika dia sedang tidur dan ianya dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam.

Mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika dia sedang tidur dalam bilik dan suspek masuk melalui pintu hadapan rumah yang tidak berkunci.

Selepas kejadian, suspek dikatakan menyuruh agar mangsa tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa. Walaubagaimanapun, polis telahpun menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang didakwa merupakan suspek bagi membantu siasatan.

Allahu, semua orang diingatkan supaya tidak takut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti ini ya. OM



Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras



Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker