TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras



Salah seorang ‘pengganas’ yang berjaya ditumpaskan dalam eksesais di Stesen MRT Cochrane, Cheras di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pasukan komando 21 Grup Gerak Khas (21 GGK) berjaya menumpaskan sekumpulan pengganas yang cuba menawan sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) dalam Eksesais Mantis siri 8/2022 di sini awal pagi Sabtu.

Pasukan elit Tentera Darat Malaysia (TDM) tersebut mempamerkan kemahiran tinggi dalam mengendali senjata dan kelengkapan khas untuk mematahkan serangan kumpulan pengganas yang menggunakan senjata kimia di tempat awam dalam simulasi di Stesen MRT Cochrane di sini.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Muhammad Ab Rahman berkata, latihan bilateral berkenaan dijalankan oleh TDM bersama Angkatan Tentera Kanada (ATK) dengan kerjasama pegawai serta anggota dari Canadian Special Operation Force Command (Cansofcom).

“Objektif utama latihan adalah sebagai platform perkongsian pengetahuan, kepakaran dan melatih anggota TDM dalam menghadapi ancaman senjata kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan (CBRNE).

“Konsep latihan yang dilaksanakan memberi fokus kepada atur gerak kumpulan kecil berkepakaran CBRNE, tim pemusnah alat letupan reka ganti (IED), tim perubatan medan dan tim penggempur GGK bagi menyokong operasi anti keganasan,” katanya ketika sidang akhbar di Stesen MRT Cochrane di sini pada Sabtu.

Hadir sama menyaksikan eksesais tersebut adalah Panglima Medan Barat TDM, Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan; Komander Jurutera Medan Barat, Mejar Jeneral Ir Abdul Hamid Mohd Isa; Penasihat Pertahanan Kanada, Leftenan Kolonel, Jason King dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad, Mohd Azharuddin Mat Sah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, latihan yang bermula sejak 25 Januari berkenaan akan berlangsung sehingga 1 April depan dengan memfokuskan kepada latihan melawan ancaman CBRNE di stesen kereta api bawah tanah dan kawasan parkir kenderaan membabitkan tebusan awam.

“Penglibatan peserta eksesais terdiri daripada pasukan trup TDM iaitu 21 GGK, Skuadron Ke-12 Rejimen Askar Jurutera Diraja (12 Skn RAJD) CBRNE dan pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Menurutnya, latihan seumpama itu pernah diadakan pada tahun 2018 di Stesen MRT Maluri, Cheras di sini menggunakan konsep yang sama.

Katanya, eksesais tersebut dapat menguji tahap kesiagaan petugas Prasarana termasuk pelbagai agensi awam dalam menghadapi insiden atau ancaman berkenaan.

TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil



Leave a Reply

Your email address will not be published.