Pengeluaran KWSP, UMNO berjaya! Ikrar akan terus juarai isu rakyat

SHAH ALAM – Kebenaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000 bagi mereka yang memerlukan membuktikan desakan UMNO secara berterusan selama ini membuahkan hasil.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, biarpun terdapat pelbagai alasan, kelengahan dan tentangan daripada banyak pihak, UMNO tidak berganjak daripada perkara bermanfaat yang akhirnya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Rabu.

“Perkara ini membuktikan dengan jelas UMNO adalah parti yang mendengar rintihan dan suara akar umbi.



“UMNO akan mengusahakan segala yang baik. Lambat atau cepat, semua itu proses yang mesti dilalui dengan kesungguhan dan ketegasan,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Kenyataan Ahmad Zahid itu susulan Perdana Menteri dalam Sidang Media Khas pada Rabu, mengumumkan kebenaran pengeluaran caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, UMNO nekad untuk terus mengusahakan lebih banyak dasar dan inisiatif yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan hidup masyarakat.

“Inilah UMNO sebenarnya. Sebuah parti yang berdiri atas amal bakti. Sebuah parti yang hidup dengan nadi dan suara rakyat.



“Namun perkara ini juga mengajar kita satu perkara penting. UMNO mesti menjadi parti yang kuat, stabil dan diyakini. Hanya dengan menjadi parti yang besar dan kuat, suara serta desakan UMNO tidak dipandang enteng oleh sesiapa pun yang menjadi kerajaan,” katanya.

Pengeluaran KWSP, UMNO berjaya! Ikrar akan terus juarai isu rakyat

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor



Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker