Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Menteri Besar Johor dijangka akan mengangkat sumpah di Istana Johor, pada Selasa.

Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menamakan satu calon untuk diperkenankan lantikan oleh Sultan Johor.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia itu turut mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Menteri Besar Johor yang bakal dilantik itu.

Sebelum ini, persoalan mengenai siapa calon Menteri Besar Johor ke-19 terus menjadi tanda tanya setelah terdapat khabar angin nama lain yang turut dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.

Antaranya nama bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menang di Machap dan Datuk Mohd Puad Zarkashi (Rengit).

Sebelum ini, Ahmad Zahid telah menamakan Hasni sebagai calon tunggal Menteri Besar sekiranya BN kembali mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan negeri.-AA

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker