Vokalis Flybaits, Fredo Jadi Penyanyi Jalanan

Vokalis Flybaits, Fredo Jadi Penyanyi Jalanan

Demi kelangsungan hidup, vokalis kumpulan Flybaits yang popular pada era 1980-an, Fredo sanggup mengetepikan status selebriti apabila memutuskan mencari rezeki dengan menyanyi di jalanan.

Penyanyi berusia 72 tahun itu memberitahu, keputusan itu dibuat atas galakan isteri, Suzlynna Mustapha Azahari.

Fredo atau nama sebenar, Alfredo Villenguez mengaku terpaksa menjadi ‘busker’ berikutan karier nyanyian terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 sejak lebih dua tahun lalu.

“Karier nyanyian cukup terkesan. Lebih dua tahun hidup dengan wabak COVID-19, undangan nyanyian berkurangan. Jadi, saya perlu cari alternatif untuk menampung komitmen bulanan.

“Tetapi isteri banyak beri galakan dan suruh saya buang ego. Isteri kata, nama dan kedudukan tidak akan membawa ke mana-mana.

 

Masih bersemangat meneruskan kembara seni, Fredo teringin bekerjasama dengan artis muda seperti Ayu Damit dan Hafiz Suip. Foto IG Fredo
Masih bersemangat meneruskan kembara seni, Fredo teringin bekerjasama dengan artis muda seperti Ayu Damit dan Hafiz Suip. Foto IG Fredo

“Tetapi Alhamdulillah, pendapatan sebagai ‘busker’ tidaklah mengecewakan. Apabila orang tengok yang bawa bakul untuk kutip duit adalah artis, mereka segan hendak beri RM1,” katanya ketawa.

Bagaimanapun, ditanya lokasi Fredo membuat persembahan, penyanyi yang popular dengan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta ini memilih untuk tidak mendedahkannya.

Sebaliknya, Fredo hanya memberitahu aktiviti itu dilakukan di sekitar Pelabuhan Klang.

Penyanyi berketurunan Filipina yang memiliki seorang cahaya mata, Danny Villenguez, 19, ini, bagaimanapun sedia menimbang tawaran membuat persembahan jika ada pihak yang mahukan khidmatnya, biarpun kini dia menyanyi di jalanan.

Akui Fredo, sebelum PKP 1.0, satu tawaran membuat persembahan sudah mencukupi untuk menampung dirinya dan keluarga.

“Namun, sekarang, 20 tawaran sekali pun belum tentu mencukupi.

“Selain ‘busking’, saya dan isteri mengusahakan jualan biskut dan kuih. Kami cuba jualan langsung. Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama kami mengusahakan perniagaan.

“Tetapi biasalah, artis. Kami tiada latar belakang bisnes. Jadi, sukar untuk mengembangkan perniagaan. Saya pernah buka dan tutup pejabat sebanyak lima kali apabila studio nyanyian alami kerugian,” katanya.

Fredo menghargai usaha Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) pimpinan Anne Abdullah yang banyak membantu, termasuk menyediakan bimbingan perniagaan dan ruang untuk berniaga,” katanya kepada HIP.

Sementara itu, berkongsi perancangan untuk tampil dengan single baharu, Fredo mengaku tidak berani kerana tidak yakin lagunya dapat diterima generasi muda.

Akui Fredo formula yang difikirkan paling sesuai dalam keadaan sekarang adalah menjalinkan kerjasama dengan penyanyi generasi muda.

Antara penyanyi yang dia teringin untuk bekerjasama adalah Hafiz Suip, Naim Daniel dan Ayu Damit.

“Sebenarnya, saya pernah muncul dengan single baharu pada PKP. Namun, sekarang bukan mudah mendapat tempat di hati pendengar muda.

“Lagipun peminat lebih menggemari lagu lama saya. Jadi, jika saya ingin hasilkan lagu baharu, saya perlu berkolaborasi dengan penyanyi muda.

“Saya teringin bekerjasama dengan Ayu, Hafiz dan Naim kerana mereka meminati lagu saya. Jadi lebih mudah untuk kami bekerjasama.

“Namun, saya perlu menantikan, masa, usaha dan ruang yang sesuai barulah hasrat itu dapat dilaksanakan,” katanya.

Vokalis Flybaits, Fredo Jadi Penyanyi Jalanan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker