Orang muda akan abai Umno jika halang pertandingan jawatan tertinggi

Orang muda akan abai Umno jika halang pertandingan jawatan tertinggi

Orang muda akan mengabaikan Umno jika ia tidak membenarkan dua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan, kata seorang penganalisis politik.

“Pertandingan penting kerana ia membuktikan Umno mengamalkan demokrasi dan menghargainya, walaupun dalam bentuk paling asas iaitu membenarkan pemilihan bagi semua jawatan,” kata Ahmad Fauzi Abdul Hamid kepada FMT.

Penganalisis di Universiti Sains Malaysia itu mengulas seruan bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mahu jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Semalam, sekumpulan ketua bahagian Umno menyeru dua jawatan itu tidak dipertandingkan, kerana parti perlu diperkukuhkan menjelang PRN akan datang.

Fauzi berkata Umno akan terjejas sekiranya ia tidak membenarkan Zahid dan timbalannya, Mohamad Hasan, dicabar.

“Ini akan menyahkan sokongan daripada golongan muda. Tidak membenarkan pertandingan hanya mengesahkan usaha penyandang daripada generasi tua untuk terus berkuasa dan memegang jawatan selama mungkin.”

“Prospek Umno akan jadi kelam,” katanya, dan menambah parti itu kini bukan lagi dalam kedudukan kanan dalam kerajaan, sejak mengalami kemunduran dari 2008.

“Umno tidak faham jenama politik reformasi yang menawan pemikiran golongan muda sejak 20 tahun lalu, dan mereka ini yang menyebabkan Umno kalah pada PRU 2018 dan 2022,” katanya.

Felo Majlis Profesor, Jeniri Amir, berkata pertandingan untuk jawatan tertinggi penting untuk Umno kerana imej parti itu dan Zahid tercemar akibat kes-kes di mahkamah.

“Malah, antara sebab kejatuhan Umno adalah kepimpinannya. Umno perlu tukar nakhoda untuk maju ke depan. Umno tak boleh hidup dalam penafian.

“Keputusan PRU15 yang mana Umno sekadar menang 26 kerusi menunjukkan apa persepsi orang awam terhadap parti itu dan kepimpinannya,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata Umno akan menghantar isyarat yang ia tidak mampu berubah dan enggan berubah demi memuaskan hati pemimpin semasa. FMT

Orang muda akan abai Umno jika halang pertandingan jawatan tertinggi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker