Menjelang PRU-15, BN-UMNO dilihat langkah kanan berdepan lawan

SHAH ALAM – Biarpun ramai pemerhati politik berpandangan faktor utama kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, disebabkan keberkesanan jentera parti membawa keluar hampir keseluruhan pengundi ‘putih’ untuk mengundi.

Namun bagi penganalisis politik dan keselamatan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, dominasi UMNO-BN dengan menang majoriti dua pertiga kali ini adalah disebabkan anggota tentera dan polis cenderung kembali menyokong parti itu sebagai keperluan mempertahankan aspek keselamatan negara.

Jelas beliau, anggota keselamatan seperti tentera dan polis sudah pasti menyedari keperluan membentuk sebuah kerajaan stabil sebagai sebahagian inisiatif penting dalam menjamin keselamatan dan kedaulatan negara daripada ancaman luar.



“Kemenangan besar BN dalam PRN Johor sebahagiannya disumbangkan oleh undi tentera yang memihak dalam skala yang cukup besar kepada BN.

“BN berjaya menguasai undi tentera yang memberikan undi mereka dan pasangan masing-masing kepada calon BN berbanding calon PN dan PH.

“Anggota tentera menyedari peranan mereka menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri yang kuat dalam aspek menstabilkan politik negara dan kelompok ini percaya UMNO dan BN mampu memenuhi kehendak rakyat ke arah itu,” katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

Katanya lagi, karisma pemimpin-pemimpin UMNO yang memegang portfolio berkaitan keselamatan negeri seperti Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein Onn yang juga Menteri Pertahanan turut membantu menarik anggota tentera untuk memberi undi kepada BN.



Ujar beliau, kesungguhan Hishammuddin dalam menjaga kebajikan tentera berjaya menyakinkan tentera untuk memberi undi kepada BN.

“Faktor individu perlu diperakui menjadi faktor kemenangan dalam mana-mana pilihan raya khususnya pilihan raya negeri.

“Ini memberi kelebihan pada BN kerana Hishammuddin adalah antara Menteri Pertahanan yang popular dalam kalangan anggota tentera.

“Seperti juga rakyat biasa, tentera juga melihat keperluan untuk negara ini kembali stabil selepas pelbagai huru-hara yang berlaku dalam kerajaan dan senario politik negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya kepada media.



Bagaimanapun, Dr Noor Nirwandy menyifatkan masih terlalu awal untuk menyatakan bahawa momentum sokongan anggota keselamatan negara seperti tentera akan terus kekal berpihak UMNO pada PRU15.

PRN Johor pada 12 Mac lalu menyaksikan UMNO-BN berjaya menawan 40 kerusi daripada keseluruhan 56 DUN Johor di samping menguasai pengundian hampir semua saluran di kem-kem tentera yang terdapat di negeri Johor.

Seramai 11,057 pengundi tentera dan pasangan mereka mengundi di 10 DUN.

Antara DUN yang terlibat ialah Mahkota, Senggarang, Tenggaroh, Pasir Raja, Tanjong Surat dan Permas.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker