BN perlu terus juarai hati rakyat untuk kekalkan kemenangan

BN dan UMNO tidak boleh berasa terlalu selesa dan leka dengan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebaliknya perlu mengukuhkan keazaman dan mengambil iktibar bagaimana untuk diperbaiki prestasi kerana Parlimen merupakan permainan atau percaturan yang berbeza.

Penganalisis politik, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, strategi pembangkang yang dijangka berpotensi bergerak di bawah satu khemah besar bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) juga perlu diambil kira.

Selain itu menurutnya, penelitian terhadap pengundi baru Undi 18 juga tidak boleh diambil ringan



“Harus ingat PRU15 ini akan melihat kehadiran Undi18. Walaupun di Johor Undi 18 tidak begitu signifikan, ramai tidak keluar.

“Jadi saya rasakan Undi 18 perlu dinilai sepenuhnya. Di Johor Undi 18 adalah sekitar 170,000 bukan 780,000. Bakinya merupakan mereka yang tidak pernah keluar mengundi walaupun sudah berumur 25, 30, mahupun 70 tahun.

“Bermakna dalam konteks ini UMNO/BN harus melihat bagaimana Undi 18 barangkali boleh menjadi ‘game changer’ dalam PRU15 jika mereka menilai berdasarkan kepada isu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Program Wacana Edisi 329 bertajuk UMNO, Kepercayaan Rakyat & PRU15 di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.



Program dikendalikan oleh Ismail Adnan itu turut membariskan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Puteri UMNO Negeri Sembilan, June Arthisha Mohamad Nazari.

Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, masyarakat kini sudah muak, kecewa dan juga marah dengan permainan isu-isu yang lama sehingga menampakkan seolah-olah ada kelesuan politik.

“Jadi pembangkang tidak boleh lagi memainkan isu-isu lama walaupun mereka dengan bersungguh-sungguh mahu menarik semula penyokong mereka, tapi saya rasakan permainan itu harus diubah.

“Jika mahu ke hadapan, mereka harus mencari isu baru. Isu untuk merayakan kepimpinan sebagai mana yang cuba dilakukan oleh UMNO sekarang ini,” katanya.



Pada masa sama, tegas beliau, ramai dalam kalangan rakyat hari ini juga bersifat tidak mempunyai ikatan kepada nilai kepartian.

Justeru ujarnya, pembangkang juga pasti akan mula menilai bagaimana untuk mendekati kelompok ini agar dapat condong ke arah mereka.

“Pertempungan-pertembungan ini harus diperhalusi agar ia boleh menjadi manfaat kepada semua parti.

“Bermakna, perpecahan parti pembangkang tidak harus dijadikan sebagai satu kekuatan kepada BN/UMNO tetapi BN/UMNO juga harus terus menyusuri strategi dan intervensi berdasarkan demografik, geografi setiap negeri dan kawasan Parlimen yang memerlukan pendekatan berbeza,” katanya.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker