Buku Tommy Thomas: PM janji ambil tindakan



PM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjanji tindakan akan diambil terhadap sebarang penyalahgunaan kuasa dan konspirasi berkaitan penerbitan buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Perdana Menteri berkata, setakat ini beberapa tindakan telah diambil Pasukan Petugas Khas (PPK) termasuk memanggil pihak terlibat dan laporan interim akan dibentangkan pada bulan depan.

“Jawatankuasa khas telah pun ditubuhkan pada Oktober 2021 bagi menyiasat pendedahan buku bekas Peguam Negara, Tommy Thomas. PPK sedang mengambil tindakan termasuk memanggil pihak yang terlibat. Laporan interim akan dibentangkan pada bulan depan.

“Saya janji jika ada penyalahgunaan kuasa, konspirasi terpilih, seperti yang didakwa, kita akan ambil tindakan,” katanya dalam ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, hasil siasatan berkenaan isu Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka dapat diselesaikan penghujung Julai ini dan kerajaan tidak akan menyembunyikan sebarang hasil siasatan berhubung isu terbabit.

“Kita telah tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji. Kerajaan tidak akan sembunyikan apa-apa dan siasatan telah bermula sejak Januari. Saya percaya siasatan ini dapat diselesaikan penghujung Julai ini,” ujarnya.

Berkenaan kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, Ismail Sabri berkata, kes sedang disiasat secara menyeluruh dan telus serta diberikan pembelaan sewajarnya.

“Jawatan kuasa khas siasatan telah membentangkan laporan interim pada 15 Mac 2022. Walaupun siasatan masih berjalan tetapi Kerajaan telah pun membayar ‘ex-gratia’ berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga arwah pada 29 November 2021. Inilah bukti kesungguhan UMNO dalam membela nasib rakyat,” jelasnya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil



Leave a Reply

Your email address will not be published.