Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal



IPOH – Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin memaklumkan kadar guru yang bersara awal hampir menyamai kadar guru yang bersara wajib.

Menurut beliau, pihaknya sedang memperincikan satu persatu maklumat berkenaan situasi berkenaan sebelum dikongsikan kepada umum.

Katanya, perkara berkenaan memerlukan perincian menyeluruh termasuklah corak dan trend yang mendorong guru-guru untuk bersara lebih awal.

“Kita melihat perincian data ini bukan sahaja dari jumlah tetapi juga perkara-perkara lain termasuklah apabila ramai yang bercakap macam-macam.

“kita juga sedang menyusun data untuk melihat punca satu persatu termasuklah bagaimana keadaan guru serta lama di dalam karier sebelum membuat keputusan bersara awal,” katanya selepas mengadakan tinjauan hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka bagi kalendar akademik 2022/2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Idrus, Chemor, di sini, hari ini.




Pada Februari lalu, media melaporkan kebimbangan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengenai laporan berkaitan guru yang memohon bersara awal akibat pandemik Covid-19 di Perak

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis



Leave a Reply

Your email address will not be published.