Tidak akan sertai UMNO, tidak menyimpan dendam pada Hadi

KUALA NERUS: Ahli Parlimen bebas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali menegaskan tidak akan sesekali menyertai UMNO susulan tindakannya keluar daripada Pas, baru-baru ini.

Mohd. Khairuddin berkata, walaupun didatangi banyak pihak daripada pelbagai parti politik berbeza, namun, dia masih berpegang kepada prinsip Islam yang diperjuangkan.

“Ya, memang ramai yang datang, pelbagai parti bukan untuk menawarkan (masuk parti mereka), tetapi, memberikan semangat atas nama sesama ahli Parlimen dan rakan politik.



“Ada juga yang tawar macam-macam, namun, itu biasa sahaja sebenarnya, tak perlu kita sangka apa-apa kerana yang penting saya nak ajak semua orang dan parti bekerjasama untuk kebaikan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas program pemberian minyak motosikal percuma di Padang Air di sini hari ini.

Isnin lalu, Mohd. Khairuddin yang merupakan wakil rakyat Kuala Nerus mengumumkan keluar daripada Pas berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, Mohd. Khairuddin berkata, segala perancangan untuk terus melangkah ke hadapan akan diumumkan kepada masyarakat tidak lama lagi selepas selesai melakukan istikharah di samping berbincang dengan rakan.

Sementara itu, katanya, ramai rakan dalam Pas memberi pandangan termasuk memujuknya kembali kepada parti.



“Saya berikan satu jawapan sahaja iaitu supaya mereka kekal istiqamah dengan Pas sebagai wadah perjuangan Islam yang terbaik. Pesanan sama turut diberikan kepada pegawai yang bertugas di Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus,” katanya.

Bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu berkata, dia akan terus mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi dasar Pas di samping tidak akan menyerang mana-mana pihak.

Ketika ditanya hubungannya dengan Tan Sri Abdul Hadi Awang, katanya, dia tidak menyimpan apa-apa perasaan kurang senang terhadap Presiden  Pas itu kerana Islam mengajak sesama manusia terus berukhwah.

Katanya, hubungan kekal seperti biasa sebagai bekas anak murid kepada murabbi.



Menurutnya, terpulang kepada orang ramai jika mahu menggelarnya sebagai pengkhianat kerana kelantangannya menegur parti sebelum ini disusuli tindakan keluar daripada Pas.

“Ucapan saya sebelum ini yang kerjasama Perikatan Nasional (PN) tidak dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama Pas merupakan yang pertama dan terakhir, saya tidak akan ulas lagi,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara



Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker