MetMalaysia: Hujan lebat, ribut petir di 8 negeri malam ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan lebat berserta ribut petir berlaku di beberapa kawasan sekitar Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu dijangka akan berlaku sehingga pukul 10 malam ini.

“Amaran ribut petir diberikan susulan keadaan cuaca itu di seluruh negeri Perlis.

“Sementara itu, keadaan sama juga diramal melanda beberapa daerah di Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling,” katanya di sini hari ini.

MetMalaysia berkata, hujan lebat berserta ribut petir turut melanda Hulu Perak, Perak sehingga 10 malam ini.

“Keadaan sama turut berlaku di seluruh Kelantan manakala di Terengganu pula, hujan lebat berserta ribut petir melanda daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Di Sarawak pula, keadaan itu diramal berlaku di Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang,” ujarnya.

Keadaan sama turut berlaku di Sabah sehingga 10 malam ini melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar) serta seluruh Wilayah Persekutuan Labuan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker