Rayer ganggu sesi penggulungan bangkit isu larangan pemakaian tudung di India

Rayer ganggu sesi penggulungan bangkit isu larangan pemakaian tudung di India

Sesi penggulungan Rang Undang-undang (RUU) Kerja (Pindaan) 2021 terganggu seketika apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan isu larangan pemakaian tudung di Karnataka, India.

Rayer mencelah penggulungan RUU yang disampaikan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim untuk mengetahui pendiriannya berhubung isu berkenaan.



Katanya, beliau ada membangkit isu itu ketika mencelah perbahasan Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) berkaitan pemakaian hijab oleh pekerja wanita di negara ini.

“Saya ada bangkitkan dalam perbahasan Sepang tadi, jadi saya ingin mengetahui apa pendirian Yang Berhormat Timbalan Menteri (Datuk Awang Hashim) dan PAS berhubung perkara ini, adakah kerajaan akan memanggil Duta India berhubung keputusan Mahakamah Karnataka, India mengenai larangan pemakaian tudung di sekolah di sana,” katanya.

Menjawab soalan itu, Awang berkata, pindaan RUU itu membincangkan mengenai pekerja dalam Malaysia, perlindungan pekerja yang mana ketika ini ramai yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.

“Sekarang ini kita bincang perlindungan pekerja kita namun memakai tudung ini berbeza dengan menutup aurat, ini dua perkara yang berbeza. Perkara ini lain daripada pindaan yang ada, saya tidak mahu sentuh termasuk isu di India,” katanya.



Tidak puas hati dengan jawapan itu, Rayer sekali lagi bangun dan terus mendesak Awang memberitahu pendiriannya berhubung isu itu.

“Saya hendak tahu pendirian Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengapa tidak berani menyatakan pendirian, saya minta kerajaan beri penjelasan,” katanya.

Mengelak untuk menjawab soalan, Awang menjelaskan selain tujuh perkara ajaib di dunia, ada satu lagi keajaiban dunia menjadi tujuh tambah satu iaitu PAS boleh bekerjasama dengan MIC.

Melihat ahli Parlimen Jelutong itu tetap bangun seakan mendesak Awang menjawab pertanyaannya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd Noor campur tangan dengan mengingatkan Rayer bahawa sesi berkenaan adalah pentas Timbalan Menteri dan terpulang kepadanya untuk menjawab atau tidak.



“Adakah Timbalan Menteri sudah menjawab perkara ini,” katanya kepada Awang.

Menjawab pertanyaan itu, Awang menjelaskan soalan yang dikemukakan Yang Berhormat Jelutong itu tiada kaitan dengan pindaan RUU berkenaan. BH

Rayer ganggu sesi penggulungan bangkit isu larangan pemakaian tudung di India


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri



Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker