Adakah undi Cina sudah pulang BN?

Adakah undi Cina sudah pulang BN?

Pada ketika MCA dan DAP berdebat kemungkinan undi Cina kembali kepada BN, penganalisis politik juga mempunyai pendapat berbeza.

Terdapat pemerhati berpendapat ada petanda “kembali kepada MCA” tetapi keadaan itu juga tidak bermakna MCA telah diterima secara menyeluruh.



Penganalisi juga berpendapat pengundi mahukan pilihan, sekurang-kurangnya untuk mengimbangi pengaruh DAP.

Liew Wui Chern dari Universiti Tunku Abdul Rahman berkata, MCA telah mencatatkan pertumbuhan dalam pilihan raya di Johor dengan sumber sokongan tertumpu kepada mereka yang lebih berumur.

Katanya, dari segi kaum pula, undi Cina memang telah “kembali’ secara sedikit, tetapi masa masih diperlukan untuk memerhati sama ada pengundi Cina mula menerima semula MCA.

Menurutnya, pemantauan mendapati undi Cina mempunyai matlamat yang jelas dan mereka yang mahukan kestabilan politik dan ekonomi serta penamatan kesukaran pandemik akan berpendapat sudah tiba masa untuk mengundi BN.



Katanya, undi Cina tertumpu kepada DAP dan BN, manakala pilihan ketiga adalah MUDA.

Dalam pada itu, seorang lagi pemerhati, Tee Beng Lee berkata, kemenangan MCA di empat kawasan adalah didorong oleh sokongan terhadap UMNO.

Beliau berkata, kemenangan di Yong Peng dan Pekan Nanas adalah melibatkan calon yang aktif berkhidmat di kawasan setempat serta penyokong UMNO telah membantu kemenangan MCA di Bekok dan Pekan Nanas.

Katanya, disebabkan peratusan keluar mengundi dalam kalangan Cina yang rendah, kemenangan yang dinikmati MCA di empat kerusi tidak harus dilihat sebagai petanda “kepulangan undi Cina.” MG



Adakah undi Cina sudah pulang BN?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR



Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker