Tular lelaki bergaduh, saling menetak

Tular lelaki bergaduh, saling menetak

Tawau: Beberapa klip video memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki termasuk aksi saling menetak menggunakan senjata tajam, tular di media sosial, sejak petang semalam.

Selain rakaman video, turut dikesan tular beberapa keping gambar mangsa yang cedera dan berlumuran darah dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Difahamkan, insiden itu berlaku di kawasan penempatan atas air di Batu 4 Jalan Apas, iaitu tidak jauh dari lokasi kejadian kebakaran yang memusnahkan lebih 500 buah rumah setinggan, Jumaat lalu.

Menerusi video berdurasi kira-kira satu minit dan 10 saat yang dikongsi seorang individu yang memaparkan sekumpulan lelaki masing-masing dilihat memegang kayu dan parang panjang sebelum tercetus aksi tetak antara mereka.

Turut kelihatan, beberapa individu yang cuba untuk meleraikan pergaduhan berkenaan, namun terpaksa bertindak melarikan diri apabila keadaan menjadi tidak terkawal dan bertukar ganas.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan motif atau punca sebenar pergaduhan terbabit berlaku.

Video pergaduhan itu mula dimuat naik di beberapa akaun Facebook selain turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Ia mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta pihak polis mengesan kumpulan lelaki terbabit untuk diambil tindakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Tangkapan ke atas beberapa individu disyaki terbabit dalam kejadian itu sedang giat dijalankan.

“Satu sidang media akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi pagi ini. HM

Tular lelaki bergaduh, saling menetak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker