Sapura Energy Perlu Diselamatkan

Oleh Nurul Aishah

MASALAH besar timbul apabila jawatan Menteri Kewangan dipegang oleh seorang “banker”. Beliau tidak akan mampu berfikir demi kepentingan negara secara holistik.

Ketika ini Sapura Energy yang dimilik 40% oleh PNB mengumumkan kerugian sebanyak RM8.9 bilion bagi tahun lepas iaitu kerugian paling besar bagi mana-mana syarikat GLC dalam sejarah.

Sapura diambang muflis dengan puluhan tuntutan bankrap difailkan oleh vendor-vendornya ke atasnya. Ini juga bermakna pelaburan tambahan PNB sebanyak RM2.7 bilion dalam Sapura pada tahun 2019 semasa harga saham adalah 41sen telah jatuh hampur 95% dalam tempoh 3 tahun sahaja.

Secara keseluruhan, pendeposit ASB sedang mengalami kerugian sebanyak RM4 bilion sebab PNB adalah pemegang saham terbesar syarikat ini.

Pinjaman bank Sapura Energy sebanyak RM10 bilion juga akan memberi tekanan besar kepada bank-bank tempatan terutamanya peminjam terbesar Maybank yang juga 50% pemilik PNB.

Sapura Energy pernah menjadi syarikat perkhidmatan sektor oil and gas kedua terbesar didunia dengan nilai RM30 bilion. Kini, syarikat ini yang masih syarikat perkhidmatan kepada sektor petroleum terbesar negara hanya bernilai sekitar RM500 juta hingga RM650 juta.

Pada asasnya, syarikat ini mempunyai track rekod yang baik bagi menyiapkan projek-projek besar. Tiada isu penyelewengan. Masalahnya berpunca daripada pinjaman yang terlalu besar dibuat sebelum tahun 2015 semasa harga minyak dunia mencecah US$100 satu tong.

Pada tahun 2015 hingga tahun 2018 pula, harga minyak juta telah jatuh dan menyebabkan syarikat pengeluar minyak dunia menyekat projek-projek baharu. Ini memberi tekanan kepada Sapura sebab perlu membayar faedah pinjaman mencecah RM500 juta setahun.

Selepas harga dunia minyak mula naik semula pada tahun 2019, Sapura cuba memohon untuk membuat pinjaman modal kerja sebanyak RM2 bilion daripada bank-bank tempatan tetapi telah ditolak.

Pengurusan Sapura pula dirombak oleh PNB pada awal tahun 2021 ketika kerajaan PN memerintah. Namun PNB tidak lagi mahu membantu syarikat tersebut dengan pinjaman baharu.

Sebaliknya, Sapura disuruh menjual aset-asetnya yang juga mencecah RM10 bilion bagi menyelesaikan masalah aliran wang tunai. Namun aset-aset ini adalah amat bernilai dan khusus bagi sektor petroleum dan ianya bukan mudah untuk dijual dengan harga yang berpatutan dalam tempoh masa yang singkat.

Lockdown serta penutupan sempadan antarabangsa juga merumitkan proses penjualan.

Akibat ditolak bank, keadaan aliran wang tunai Sapura menjadi kritikal. Pandemik Covid menambahkan beban pada tahun 2020 hingga 2021 sebab lockdown seluruh dunia telah menghentikannya daripada mengusahakan projek-projek sedia ada bagi menuntut bayaran daripada klien-klien mereka yang kesemua merupakan syarikat gergasi minyak dan tenaga boleh diperbaharui.

Keadaan kewangan yang kritikal juga menjadi penghalang untuk memenangi tender bagi projek baharu biarpun peluang bagi sektor ini amat cerah ketika ini susulan harga minyak dan gas sedang mencecah paras tertinggi akibat pembukaan semula ekonomi dunia.

(Syarikat Petronas sahaja telah menaikkan bajet bagi pelaburan baharu dari RM30b pada tahun lepas ke RM50 bilion bagi tahun ini.)

Sebagai contoh, Sapura tidak diberi peluang untuk membida projek mega Kasawari milik Petronas tahun lepas sebab tidak layak dari segi kekuatan kewangan. Projek diberi kepada syarikat asing pula.

Tanpa kemudahan bank serta modal kerja untuk meneruskan projek-projek sedia ada dan untuk menang projek baharu, Sapura sudah tentu akan muflis.

Namun, PNB mengambil jalan mudah dengan mengumumkan pelaburan RM4 bilion dalam Sapura cuma memberi kesan minimum kepada PNB sebab saiz aset PNB mencecah RM300 bilion.

Perkara ini mendapat perhatian khusus Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagi beliau, tindakan serta rancangan PNB dengan kerajaan PN terdahulu untuk tidak membantu Sapura lagi dengan aliran tunai dan mengambil ringan masalah Sapura adalah kurang tepat.

PNB dan kerajaan perlu fikir tentang kepentingan strategik negara. ekosistem vendor bumiputra, pekerjaan nilai tinggi bagi Rakyat serta ekonomi keseluruan negara, bukan hanya sekadar ianya cuma satu lagi pelaburan sahaja.

Kita perlu tahu bahawa jika Sapura Energy muflis:
1. Kerugian secara langsung kepada 10.6 juta pelabur ASB adalah sebanyak RM4 bilion

2. Kerugian secara tidak langsung kepada PNB, KWSP dan lain-lain tabung simpanan rakyat akibat hutang sebanyak RM10 bilion kepada bank-bank tempatan termasuk Maybank milik 50% PNB adalah lebih tinggi. Jika kerugian hutang RM2.5 bilion akibat Genting HK memberi impak maka ini bakal merupakan kerugian RM10 bilion.

3. Hampir 10,000 pekerjaan bergaji tinggi akan hilang.

4. Sekitar 4,500 vendor/pembekal akan terjejas kebanyakannya merupakan syarikat bumiputra.

5. aset-aset berharga Sapura bakal dijual dengan harga amat murah (firesale prices)

6. Malaysia akan kehilangan syarikat perkhidmatan perkhidmatan petroliam terbesar negara bagi sektor paling penting negara.

7. Malaysia juga akan kehilangan sebuah syarikat MNC sebab Sapura juga banyak memenang dan mengusahakan projek di lebih 30 negara asing.

Oleh itu, Datuk Seri Najib sarankan kerajaan untuk bertindak segera dengan cara:

1) Memberi pinjaman faedah mudah ataupun memberi jaminan pinjaman kepada Sapura Energy bagi menyelesaikan masalah aliran tunai.
Ini adalah cara kerajaan Amerika Syarikat selamatkan Citibank, General Motors, AIA dan ford pada tahun 2008 dan juga cara kerajaan BN masa saya BN selamatkan Proton.

Dan jika AirAsia boleh ditawarkan jaminan kerajaan sebanyak RM500 juta, kenapa pula kerajaan PN dahulu tak buat sebegitu bagi syarikat milik PNB?

Namun ini mungkin penyelesaian sementara sebab sekiranya masih dimiliki PNB yang kurang pengalaman bagi sektor ini dan telah membuat keputusan yang kurang tepat sebelum ini, masalah mungkin berulang pada masa depan.

ATAU:

2) Mengarahkan Petronas (atau Khazanah untuk mengambil pemilikan Sapura Energy daripada PNB sebab Petronas masih memerlukan perkhidmatan Sapura bagi projek-projek mereka serta lebih memahami sektor ini.

Ini sebagaimana Petronas menyelamatkan syarikat MISC pada tahun 1998 (bezanya ialah masa itu, Petronas selamatkan anak Mahathir tetapi kali ini, Petronas selamatkan pemegang ASB).

Setelah pulih, Petronas (atau Khazanah) boleh jualkan semula sebahagian saham Sapura Energy kepada pasaran tempatan sebagaimana Petronas jual semula saham MISC untuk mencatatkan keuntungan.

Dalam perkara ini, untung nasib pemegang ASB dan syarikat Bumiputra bagai telur dihujung tanduk. Adakah Menteri Kewangan berlatar belakang “banker” akan hulurkan tangan bantu rakyat? Kita semua tahu jawapannya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker