Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Viral di media sosial video merakamkan perbuatan tidak senonoh seorang lelaki dipercayai beronani sambil mencium pakaian dalam yang dijemur di ampaian.

Kejadian yang berlaku di sebuah flat di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur itu menyebabkan suspek lelaki warga emas berusia 62 tahun ditahan polis.



Warga emas yang tinggal di Puchong, Selangor itu ditahan untuk siasatan lanjut selepas pihaknya menerima satu aduan mengenai kejadian petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, lelaki terbabit dikatakan mengambil pakaian dalam yang dijemur berhampiran flat, mencium pakaian dalam dan melakukan perbuatan onani.

Perbuatan itu dilihat serta dirakam oleh jiran mangsa yang kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara berkenaan.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 berhubung kes itu. Permohonan reman terhadap suspek juga akan dibuat hari ini. OM



Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras



Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker