Zafrul Lebih Layak Jadi “Banker” Dari Menteri Kewangan

Oleh Nurul Aishah

Masihkah kita ingat pada Januari lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dilaporkan sebagai berkata dia lebih rela meletak jawatan daripada berkompromi terhadap sebarang keputusan melibatkan pengeluaran lagi daripada KWSP.

Menteri kewangan@”banker” itu juga mendakwa pengeluaran khas akan menyebabkan lebih kurang RM63 bilion dikeluarkan dan ini akan membawa kepada kemungkinan KWSP terpaksa jual aset-asetnya di luar negara.



Kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan perubahan pendirian pada 16 Mac dengan membenarkan pencarum mengeluarkan RM10,000 lagi daripada simpanan persaraan mereka.

Isu pengeluaran KWSP ini dibawa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak secara berterusan walaupun beliau dikecam oleh Menteri-menteri PPBM yang enggan meluluskan perkara ini walaupun telah dibawa dalam mesyuarat kabinet. Datuk Seri Najib berkali-kali meminta kerajaan agar meluluskan pengeluaran i-Citra bagi memenuhi keperluan rakyat. Alhamdulillah, akhirnya ianya diluluskan.

Persoalannya, adakah Tengku Zafrul telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan sepertimana yang diucapkan beliau yang kononnya lebih rela meletak jawatan daripada berkompromi terhadap sebarang keputusan melibatkan pengeluaran lagi daripada KWSP.

Rakyat sedang menunggu! Ramai yang menunggu surat peletakan jawatan dari Zafrul. Mereka sedar bahawa Zafrul GAGAL sebagai Menteri Kewangan. Beliau tidak mampu membuat keputusan demi kepentingan rakyat. Kesilapan utama beliau menganggap negara umpama sebuah institusi perbankan yang berorientasikan keuntungan semata-mata.



Dalam masa yang sama Zafrul tidak tahu bagaimana untuk merancang kewangan negara agar pengeluaran RM10,00 KWSP tersebut dapat diganti semula dalam masa terdekat.

Apa yang beliau tahu semata-mata memberi amaran bahawa dana KWSP itu mungkin terpaksa menjual asetnya di luar negara jika ia bertujuan membenarkan pengeluaran khas tersebut.

Datuk Seri Najib telah mengariskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan bagi mengantikan pengeluaran RM10,000 KWSP oleh rakyat yang sedang dalam keadaan terdesak dan amat memerlukannya. Jika Zafrul tidak mampu mencari jalan, sekurang-kurangnya beliau tidak perlu ego dan sombong untuk mengikut nasihat Datuk Seri Najib yang sentiasa mendahulukan rakyat dalam setiap langkah beliau.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang berjumlah RM101 bilion. Ia melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.Pengeluaran khas kali ini, ia adalah yang keempat sejak 2020.



Pada Jumaat, 18 Mac lalu, Kementerian Kewangan turut menafikan Zafrul telah meletak jawatan sebagai menteri. Sebaliknya, kementerian itu berkata sebaran kenyataan akhbar yang menyatakan dakwaan itu adalah palsu. Namun bagaimana pula dengan dakwaan Zafrul yang kononnya lebih rela meletak jawatan daripada berkompromi terhadap sebarang keputusan melibatkan pengeluaran lagi daripada KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker