Hutang kerajaan catat RM979.8 bilion, masih bawah had KDNK

Hutang kerajaan catat RM979.8 bilion, masih bawah had KDNK

Hutang keseluruhan kerajaan sehingga akhir Dis 2021 mencatat RM979.8 bilion atau 63.4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata, nisbah hutang statutori kerajaan yang merangkumi instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) mencatatkan 59.7% daripada KDNK.



“Namun, masih di bawah had 65% KDNK yang ditetapkan dalam Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2021,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan data-data terkini pertumbuhan ekonomi negara, keadaan fiskal, hutang Kerajaan serta kaedah mengurangkan defisit dan hutang serta untuk menambah peluang pekerjaan juga pendapatan rakyat.

Dalam pada itu, Shahar berkata masa ini kerajaan mengguna pakai Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana (MTFF) sebagai panduan dalam menggubal strategi ke arah konsolidasi fiskal jangka sederhana (tiga hingga lima tahun) yang selari dengan pelan pembangunan RMK12.

Katanya, disamping itu, penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) dijangka dapat mengukuhkan tadbir urus, ketelusan, pengurusan kewangan awam dan disiplin fiskal.



“Kerajaan juga sedang membangunkan Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) dan melaksanakan Semakan Semula Perbelanjaan Awam (PER) bagi menambah baik asas hasil dan memastikan kecekapan perbelanjaan kerajaan.

“Pelaksanaan langkah-langkah tersebut dijangka mampu mengukuhkan kembali kedudukan kewangan demi memastikan kemampanan fiskal dan kemampuan keberhutangan Kerajaan dalam jangka masa sederhana dan panjang,” katanya. FMT

Hutang kerajaan catat RM979.8 bilion, masih bawah had KDNK


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker