UMNO Selangor sedia tampil calon muda hadapi PRU15

UMNO Selangor sedia tampil calon muda hadapi PRU15

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor sedia untuk menampilkan muka baharu khususunya anak muda dalam Pilihan Raya Umum (PRU15) akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, perubahan itu perlu dilakukan bagi meneruskan momentum kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Dua kumpulan ini mesti ada, yang veteran dan muda, kalau tiada yang lama, maka tiada yang muda.

“Jadi yang muda kita perlu kerana mungkin zaman sudah berubah dan kita mesti ada kesinambungan untuk memastikan ada pelapis.

“Selangor pun sama, Insya-Allah kita akan lihat kita juga akan tonjol pemimpin-pemimpin muda,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu akan meletakkan 70 peratus muka baharu sebagai calon PRU15.

Ahmad Zahid berkata, ia bersandarkan perubahan yang berlaku dalam PRN Melaka dan Johor.

Bagaimanapun konsep Winnable, Acceptable Likeable (Wali) akan dipertimbang dan dirunding bersama kepimpinan parti dan ketua bahagian parti itu. MG

UMNO Selangor sedia tampil calon muda hadapi PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker