13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Bermula pada 1 April 2022 ini, Malaysia akhirnya akan memulakan Fasa Peralihan ke Endemik di mana lebih banyak kelonggaran akan diberikan bagi membolehkan kita menjalankan kehidupan normal sebelum pandemik.

Perdana Menteri juga telah mengumumkan pembukaan sempadan negara pada 1 April ini. Pengumuman ini secara tidak langsung pasti akan merancakkan kembali industri pelancongan dan kita juga sudah boleh melancong ke negara luar.

Jadi, siapa yang terbantut nak bercuti ke luar negara sebelum ini bolehlah rancang semula percutian korang. Tapi mesti ada yang tertanya-tanya, kita masih perlu kuarantin ke bila balik ke Malaysia lepas melancong?

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan AirAsia, kaki travel tidak perlu menjalani kuarantin sebaik sahaja tiba di Malaysia. Bagaimanapun, hanya beberapa negara sahaja yang membenarkan kita pulang terus ke rumah tanpa kuarantin.

Antara negara terlibat adalah Thailand, Indonesia, Vietnam, Singapura, Kemboja, Brunei, Maldives, Filipina, Sri Lanka, Laos, Australia, India dan Bangladesh.

13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker