Bekas Presiden JCorp didakwa perdaya pelaburan RM9.46 juta

Bekas Presiden JCorp didakwa perdaya pelaburan RM9.46 juta

JOHOR BAHRU: Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim didakwa atas tuduhan memperdayakan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) JCorp melibatkan pelaburan RM9.46 juta di dua syarikat, tiga tahun lalu.

Beliau yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Kamaruzzaman bersara dari Jcorp berkuat kuasa 31 Disember 2019 selepas berkhidmat dengan perbadanan itu hampir tiga dekad dengan pelbagai peranan dalam bidang kewangan.

Beliau antara lain menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi pada 2006 yang melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ketika itu, Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebelum mengambil tanggungjawab CEO pada Disember 2010.

Ketika mengumumkan persaraan beliau pada 12 Disember 2019, Jcorp memaklumkan, sepanjang 27 tahun berkhidmat termasuk sembilan tahun menerajui perbadanan itu, Kamaruzzaman telah mengubah JCorp sebagai konglomerat terbesar milik kerajaan Johor kepada badan pelaburan kerajaan negeri paling dinamik dalam negara. Bh

Berita lanjut menyusul.

Bekas Presiden JCorp didakwa perdaya pelaburan RM9.46 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker