Russia sekat Facebook dan Instagram

Russia sekat Facebook dan Instagram

MOSCOW: Mahkamah Russia menyekat Facebook dan Instagram yang dianggap ‘pelampau’ sebagai sebahagian daripada usaha menyeluruh Moscow untuk membanteras media sosial semasa konflik di Ukraine.

Ini berikutan, pihak berkuasa Russia menuduh gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Meta, iaitu syarikat induk Facebook, Instagram dan WhatsApp, bertolak ansur dengan ‘Russophobia’ sejak Presiden Russia, Vladimir Putin menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu.



Facebook dan Twitter tidak dapat diakses di Russia sejak awal Mac dan Instagram pula disekat di negara itu sejak seminggu lalu.

Mahkamah Daerah Tverskoi, Moscow bersetuju dengan permintaan daripada pihak pendakwa supaya kedua-dua pentas media sosial itu disekat kerana menjalankan aktiviti ekstremis.

Bagaimanapun, Whatsapp tidak disekat kerana ia perlu untuk menyiarkan kenyataan awam.

Menurut agensi pengawal selia media Russia, Roskomnadzor, ia turut menyekat akses kepada euronews.com, laman seswaang saluran Perancis, Euronews dan versi Russia, ru.euronews.com atas permintaan pejabat pendakwa.



Awal bulan ini, Roskomnadzor juga menyekat akses ke laman sesawang berita utama BBC dan Kementerian Luar Moscow memberi amaran akan ada lebih banyak tindakan balas terhadap media.

Semasa perbicaraan mahkamah, perkhidmatan keselamatan FSB Russia menuduh Meta menentang kepentingan Moscow dan tenteranya semasa konflik.

“Aktiviti organisasi Meta ditujukan terhadap Russia dan angkatan tenteranya.

“Kami meminta mahkamah untuk mengharamkan aktiviti Meta dan mewajibkannya untuk melaksanakan keputusan ini dengan segera,” kata wakil FSB, Igor Kovalevsky kepada mahkamah dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh agensi berita Russia.



Meta mengumumkan pada 10 Mac lalu bahawa pentas itu akan membenarkan kenyataan seperti ‘kematian penceroboh Russia’ tetapi bukan ancaman yang boleh dipercayai terhadap orang awam.

Bagaimanapun, Presiden Hal Ehwal Global Meta, Nick Clegg, berkata peraturan yang lebih longgar hanya akan dikenakan kepada mereka yang membuat hantaran dari dalam Ukraine.

Sebaliknya, di mahkamah, seorang wakil Meta berkata, syarikat itu kini telah mengubah dasarnya dan menganggap bahawa “Fobia Ruso dan seruan untuk keganasan terhadap warga Russia adalah tidak boleh diterima.”

Bagaimanapun, menurut pakar masih tidak jelas sama ada ia menyalahi undang-undang bagi orang Russia biasa untuk membuat hantaran di Facebook dan Instagram. BH



Russia sekat Facebook dan Instagram


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR



Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker