Gengster remaja menangis, sujud di kaki bapa selepas dibebaskan polis

Ketua Genagster All Brothers menangis semasa memohon maaf kepada bapanya sebelum dibebaskan polis. – Detik

JAKARTA – Sekumpulan remaja di Jawa Barat yang menggelarkan diri mereka All Brothers Bogor sujud memohon maaf kepada orang tua masing-masing sebelum dilepaskan pulang oleh polis, lapor laman berita Detik News  semalam.

Kumpulan samseng itu ditahan polis ketika berkonvoi di kawasan Ciampea, Kabupaten Bogor dengan membawa senjata tajam iaitu sabit.

Ketua Polis Bogor,  Asisten Komisioner Besar Iman Imanuddin berkata, geng All Brothers itu ditangkap polis yang melakukan rondaan di Simpang Cinangneng sebelum ditahan dan disoal siasat.

“Kebetulan ketika pihak kami membuat pemeriksaan ke atas mereka, ada seorang yang membawa senjata tajam dengan sabit kecil, jadi semua anggota ditahan,” kata Iman.

Sebelum dibebaskan, remaja terbabit diminta berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan mereka dan memohon maaf kepada ibu bapa masing-masing.

Salah seorang remaja yang dianggap  ketua All Brothers itu tidak dapat menahan sebak semasa bersujud meminta maaf sambil memegang kaki ayahnya.

“Hampura (maaf),” kata remaja itu.

Permintaan maaf si anak disambut oleh si ayah. Dia mengusap belakang kanak-kanak itu sambil memberitahu agar tidak mengulangi perbuatannya itu.

“Geus, teu deui-deui (sudah, jangan diulangi lagi),” katanya.

Menurut Iman, mereka  menubuhkan kumpulan All Brothers sejak setahun lalu dan sering berkeliaran di kawasan setempat bagi mencari musuh daripada kumpulan lain untuk bergaduh.

“Motifnya adalah untuk menunjukkan siapa paling berkuasa di kampung itu,” ujar Iman.

Iman kemudian meminta gengster ‘All Brothers’ itu dibubarkan dengan serta merta.

Kumpulan remaja bawah umur itu diserahkan semula  kepada ibu bapa mereka selepas diberi bimbingan polis. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker