German usir dua rakyat Malaysia terima dok penggalak berbeza

PUTRAJAYA: Dua rakyat Malaysia diusir keluar oleh pihak berkuasa Jerman setelah didapati menerima suntikan dos penggalak yang berbeza daripada dos primer lengkap sebelum ini.

Perkara ini disahkan Timbalan Presiden Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan dan Pengusaha Bas Malaysia (GAPP), Wan Shairi Wan Ahmad ketika dihubungi Utusan Malaysia.

“Kedua-dua lelaki ini ialah adik-beradik yang datang ke negara Eropah itu untuk mengikuti percutian bersama-sama de­ngan ibu bapa mereka dari Kuala Terengganu, Terengga­nu,” katanya.



Utusan Malaysia difahamkan bahawa dua warga Malaysia ini telah pun diarahkan pulang segera dengan menaiki penerbangan TK 1526 pesawat Tur­kish Airlines dari Dusseldorf, Jerman.

Mereka berlepas pukul 2.45 petang semalam menaiki penerbangan TK 1526 pesawat Tur­kish Airlines sebelum me­lakukan persinggahan di Istanbul, Turki pukul 8.17 malam semalam.

Dari bandar raya terbesar negara itu, mereka sudah pun meneruskan perjalanan menaiki penerbangan TK 0060 syarikat yang sama dan berlepas pukul 1.45 petang waktu tempatan.

Mengulas lebih lanjut, Wan Shairi berkata, GAPP setakat ini belum lagi mendapat laporan dari pihak Kedutaan Besar Malaysia di Berlin untuk tampil membantu dua rakyat itu yang dihalau Jerman.



“Kami tidak pasti jika berlaku salah faham dengan pihak berkuasa Jerman mengenai status dos penggalak, tetapi pengusiran ini amat mendukacitakan kami,” katanya penuh kesal.

Dalam pada itu, jurucakap Interleisure & Event Management Sdn. Bhd. yang mahu dikenali sebagai Hajah Roslen, mengesahkan bahawa dua pesertanya diarahkan balik ke Malaysia.

Agensi pelancongan bumiputera yang berpusat di Paragon Utama, Selayang, Selangor itu sedia membantu aspek pengurusan kebajikan dua individu tersebut sepanjang perjalanan.

Beliau bagaimanapun kesal kerana difahamkan, mereka berdua telah dikawal ketat bukan sahaja ketika berada di Jerman, malah semasa di Turki, seolah-olah macam kes pesalah serius.



“Ibu bapa mereka berjaya le­pas masuk ke sana, tetapi dua beradik ini terkandas hanya kerana isu dos penggalak diterima berjenama Comirnaty selepas dos primer jenis Sinovac,” katanya.

Situasi pelik itu ujarnya, men­cetuskan tanda tanya mengenai status sebenar penerimaan dos penggalak warga Malaysia jika berada di luar negara kerana ditolak oleh negara maju sendiri.

Justeru, beliau berharap Kementerian Kesihatan dapat segera melakukan sesuatu kerana isu remeh sedemikian boleh memberi kesan bagi perjalanan rakyat Malaysia di negara asing.

Semakan Utusan Malaysia menerusi laman sesawang rasmi Kedutaan Besar Jerman di Kuala Lumpur mendapati vaksin ke­luaran Sinovac buatan China memang pun tiada dalam senarai.



Sebaliknya negara Barat itu ha­nya menerima campuran enam jenis vaksin Covid-19 yang diiktiraf sebagai selamat oleh Agensi Perubatan Eropah bagi mengekang penularan wabak itu. – UTUSAN

German usir dua rakyat Malaysia terima dok penggalak berbeza

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker