Farhash tak akan dipecat – Anwar

Farhash tak akan dipecat – Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador tidak dipecat daripada mana-mana jawatan yang dipegang sebelum ini.

“Tidak, dia tidak dipecat (daripada mana-mana jawatan). Hubungan kami baik sahaja,” katanya.



Dia berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus bahawa Farhash dipecat sebagai pengerusi PKR Perak pada Disember lalu. Dia turut didakwa sebagai telah diketepikan oleh Anwar.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye menggantikan Farhash sebagai pengerusi sementara negeri Perak, sementara Farhan Fauzi dilantik sebagai setiausaha politik.

Ketika dihubungi, Farhash berkata bahawa dia meletakkan jawatan dan bukan dipecat.

“Saya meletakkan jawatan Disember lalu dan bukan dipecat,” katanya.



Ketika ditanya motif berbuat demikian, dia menjelaskan bahawa dia bertindak sedemikian supaya penyertaannya dalam pemilihan parti “tidak memberi kesan” kepada Anwar selaku presiden.

“Saya ingin menumpukan usaha memperkukuh dan memantapkan parti.

“Pada masa yang sama, penglibatan saya dalam pemilihan parti tidak mahu memberi kesan kepada pemimpin lain khususnya presiden parti,” katanya.

Pada 7 Feb, mengesahkan akan bertanding di bahagian Gombak, menentang Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bagi pemilihan parti yang bakal berlangsung pada Mei ini. Mk



Farhash tak akan dipecat – Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR



Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker