Cara Mudah Trace Semula Password



Cara Mudah Trace Semula Password, Tak Perlu Tekan ‘Forgot Password’

Kata laluan atau password diperlukan untuk memastikan keselamatan setiap akaun kita terjamin. Setiap akaun itu, seharusnya memiliki kata laluan yang berbeza.

Kata laluan sama digunakan untuk pelbagai akaun lain memudahkan maklumat digodam dan kebocoran maklumat kepada akaun-akaun lain.

Dah banyak kata laluan, kadang buat pengguna keliru dan terlupa. Ada caranya untuk selesaikan masalah ini dan tak perlu tekan ‘lupa kata laluan’ lagi.

Buat mereka yang selalu terlupa kata laluan, anda boleh cuba guna cara mudah ini untuk dapatkan ia semula seperti perkongsian Hafizi Zain ini.




Jom cuba

1. TEKAN GOOGLE CHROME DI TELEFON PINTAR ANDA.

2. TEKAN TITIK 3 DI BAHAGIAN ATAS KANAN.

3. PERGI KE BAWAH & TEKAN SETTINGS / TETAPAN.

4. ANDA AKAN NAMPAK PASSWORDS / KATA LALUAN & SILA TEKAN.




5. KEMUDIAN AKAN NAMPAK BANYAK KANDUNGAN WEBSITES YANG PERNAH ANDA LOG IN.

6. TEKAN WEBSITE ANDA MAHU & TEKAN IKON MATA UNTUK LIHAT PASSWORD.

7. MAKA KELIHATANLAH PASSWORD WEBSITE YANG TELAH ANDA LUPA.

Selamat mencuba!

Sumber: Tiktok Hafizi Zain




Cara Mudah Trace Semula Password


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri



Leave a Reply

Your email address will not be published.