Resepi air asam cabai picit, meleleh beb



Resepi air asam cabai picit, meleleh beb

Kadang-kadang terasa malas masak banyak lauk kan? Nak masak sesuatu yang mudah-mudah saja. Anda boleh cuba buat Air Asam Cabai Picit ni.

Nampak je simple macam ni, tapi rasa dia sangat mengancam! Pasti bertambah nasi punyalah.

RESEPI AIR ASAM CABAI PICIT

Bahan-bahan:




Cili padi
Belacan (dibakar terlebih dahulu)
Air asam jawa
Garam
Air perahan limau nipis/limau kasturi (untuk bagi wangi)
Ikan rebus (ikan temenung lemak)

Cara-caranya:

Masukkan cili padi bersama belacan dan air asam jawa dalam satu bekas.
Picitkan atau patahkan cili padi.
Tenyeh belacan sehingga hancur dan sebati dalam air asam jawa.
Masukkan garam.
Perahkan air limau nipis atau limau kasturi.
Kalau nak lagi berkuah, tambahkan air masak sejuk/air rebusan ikan/air mineral.
Akhir sekali masukkan ikan rebus. Kalau tiada ikan rebus, guna ikan goreng atau ikan bakar pun sedap.
Kuantiti bahan mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

Kredit: Aida Akashahfitri

Resepi air asam cabai picit, meleleh beb





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri



Leave a Reply

Your email address will not be published.