3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim
3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim
Ketua Penerangan Umno Kelantan Zawawi Othman berkata dia mengambil tanggungjawab penuh atas tindakannya menggelar tiga pemimpin kanan PAS, termasuk presiden Abdul Hadi Awang sebagai “tiga jahanam”.
Dalam “surat terbuka” kepada Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini, dia berkata kenyataan dalam perhimpunan agung Umno (PAU) baru-baru ini “terpaksa” dibuat.
“Saya mewakili Umno negeri dan keseluruhan ahli Umno Kelantan amat berdukacita atas keruntuhan Muafakat Nasional (MN) yang didirikan dengan linangan air mata selepas lebih 30 tahun bersengketa.
“Di dalam ucapan perwakilan di PAU baru ini saya dengan rasa berat hati terpaksa melabelkan mereka yang telah memecah belah dan menjahanamkan pemuafakatan yang terbina diatas prinsip Melayu dan Islam dengan perkataan tiga jahanam,” katanya dalam surat yang tertarikh 22 Mac 2022 itu.
Terdahulu Zawawi dilaporkan berkata, Umno tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi ada “tiga jahanam” yang “bermulut jahat”.
Kenyataan itu ditujukan kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Mohd Amar Abdullah dan Pengarah Pilihan Raya PAS Muhammad Sanusi Md Nor.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menyuarakan perasaan tidak puas hatinya atas label yang dianggap melampau itu.
Dalam suratnya, Zawawi bagaimanapun berkata dia menghormati Tuan Ibrahim dan beberapa lagi pemimpin PAS, termasuk Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob dan anggota jawantankuasa pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Dia sekali lagi berkata amat kecewa dengan sikap dan ucapan-ucapan Abdul Hadi, Mohd Amar dan Muhammad Sanusi.
“Selepas MN terbina saya menginsafi bahawa di Pasir Puteh PAS memenangi kesemua kerusi dalam PRU14 dan Umno akur semua kerusi parlimen dan dewan undangan negerj (DUN) adalah hak mutlak PAS pada PRU 15 nanti.
“Sebab itulah saya meminta supaya semua aktiviti Umno yang berkaitan dengan aktiviti politik diberhentikan untuk member laluan kepada wakil rakyat PAS melaksanakan
“Gerak kerja selaras dengan persefahaman yang terbina antara Umno dan PAS melalui MN dan menghormati persefahaman yang telah dimenterai.
“Setelah merujuk kepada beberapa peristiwa dan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS terutama tiga pemimpin yang dimaksudkan tadi maka, saya mengambil keputusan untuk menggerakkan semula jentera Umno dengan matlamat untuk tidak bekerjasama dengan PAS pada PRU15 nanti,” katanya.
Tambahnya situasi ini diburuklan lagi ekoran kenyataan Hadi yang menurutnya memberi gambaran “betapa hinanya Umno”.
“Mereka langsung tidak mempedulikan perasaan pemimpin dan ahli Umno yang pada awalnya agak sukar untuk menerima persefahaman yang terbina melalui MN.
“Gerakan yang direncanakan oleh beberapa pemimpin tertinggi PAS terutamanya presiden PAS sendiri menyebabkan perasaan kecewa dihati kami pemimpin dan ahli Umno,” kata Zawawi.
Menurutnya lagi, presiden dan kepimpinan Umno tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang membolehkan hubungan Umno dan PAS terjejas. Mk
3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim
Baca Artikel Menarik:
- Kes saman fitnah ketua hakim syarie ke atas Lokman selesai
- Bukan saya seorang saja yang berpakaian menonjol – Eyka Farhana
- Premis tawar khidmat seks warga asing diserbu
- Bekas Presiden JCorp didakwa perdaya pelaburan RM9.46 juta
- Isteri Ng wujud syarikat samaran, ‘cuci’ wang ‘berjuta dolar’ daripada Jho Low
- Calon ketua Pemuda PKR? Mana Adam menghilang selama ini?
- Tuduhan dipecat, Anwar bela Farhash
- Tolong maafkan Zul – Ruhainies
- German usir dua rakyat Malaysia terima dok penggalak berbeza
- Tyson tuntut RM4.2 bilion jumpa YouTuber
- Aksi panas, itu bukan saya – Siti Khadijah
- Rayer ganggu sesi penggulungan bangkit isu larangan pemakaian tudung di India
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang
Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri