Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

ISU berkaitan babak kurang manis di dalam drama ‘Perempuan Itu’ lakonan Zul Ariffin dan pendatang baru, Siti Hariesa diperkatakan ramai.

Video berdurasi 23 saat sedutan sebuah drama yang dikatakan bakal ditayangkan pada bulan Ramadan menjadi tular di laman sosial selepas dimuat naik aktor itu ke Instagram miliknya.

Kedua-dua mereka dikecam hebat kerana lakonan yang keterlaluan seolah-olah tidak malu melakonkan perlakuan intim tanpa sebarang ikatan .

Tindakan Zul memuat naik petikan beberapa babak panas ke laman sosial juga dipertikaikan.

MENCEMAR FITRAH AGAMA

Isu yang tular Sabtu lalu pertama sekali mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Katanya, Bahagian Hal Ehwal Agama tidak akan membiarkan perkara yang mencemarkan fitrah dalam agama dan akan menasihati.

Tidak hanya itu, ramai di dalam kalangan agamawan meluahkan kegusaran hiburan yang keterlaluan dalam membentuk corak fikir yang merosakkan anak muda.

Baca juga: Menteri Agama Kecewa Drama Tular Melampaui Batas, Bakal Ditayang Bulan Ramadan

ADEGAN TIADA DALAM PERBINCANGAN

Stesen televisyen TV3 pada Ahad mengeluarkan kenyataan kepada media berkata, pihaknya memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video terbabit yang kini tular di media sosial.

Menurutnya, adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi. Malahan adegan tersebut juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.

Baca juga: “Adegan Tiada Dalam Perbincangan Atau Mendapat Kelulusan Daripada Pihak Stesen” – TV3 Pandang Serius Petikan Video Drama Tular

Malah katanya perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

ZUL MOHON MAAF

Selepas menerima kecaman hebat daripada warga maya dan teguran daripada pelbagai pihak berkaitan kontroversi dicetuskan beberapa hari lalu, pelakon Zul Ariffin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram story miliknya pada Isnin.

“Dengan hati yang terbuka, saya ambil maklum atas semua respons daripada banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan.

“Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” titipnya.

SITI HARIESA TERUS MEMBISU

Pelakon yang turut melakonkan babak ‘panas’ bersama Zul Ariffin, Siti Hariesa dilihat terus mendiamkan diri walaupun dikecam hebat.

Namun apa yang pasti pengikut laman sosial Instagram bakat baru yang dicungkil menerusi program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 itu terus mencanak daripada 8,000 kepada hampir 34,000 dalam masa yang singkat.

ZUL AKAN DISIASAT, DRAMA MUNGKIN TIDAK DIBENAR SIAR

Dalam perkembangan terkini, Menteri Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Zul akan disiasat susulan tindakannya memuat naik rakaman ‘panas’ itu ke laman sosial.

Beliau dalam masa yang sama berkata adegan seperti babak di dalam drama ‘Perempuan Itu’ tidak akan dibenar tayang sama sekali.

“Proses undang undang berjalan. Pelakon Zul Arifin akan di siasat dibawah seksyen 233 Akta KMM kerana hantaran Instagram yang menyalahi undang undang.

“Yang pasti adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan tayang sama ada pada bulan Ramadan atau bulan yang lain. Jagalah nilai dan budaya,” ciapnya di Twitter.

Diharapkan isu ini dijadikan pengajaran buat kita semua.

Kebebasan berkarya sepatutnya digunakan sebaiknya. Usah terpengaruh elemen barat. Semoga pada masa hadapan tiada lagi drama tempatan yang menggunakan klip video panas sebagai promosi.

Sensitiflah dengan dengan agama, adat resam dan budaya masyarakat. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. SPlus

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker