MoU PH-kerajaan terbatal, dakwa Annuar

MoU PH-kerajaan terbatal, dakwa Annuar

Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa mendakwa memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai Pakatan Harapan (PH) dan Putrajaya terbatal selepas Ahli Parlimen gabungan itu menolak usul kerajaan, sekali gus melanggar perjanjian “menyokong atau berkecuali”.

Annuar yang juga menteri komunikasi dan multimedia berkata, Perkara 3.3(b) dalam MoU itu menyebut PH bersetuju akan “mengambil pendirian menyokong atau berkecuali dalam apa-apa usul dikemukakan kerajaan”.



“Ertinya, (mereka) berjanji tidak akan menolak usul kerajaan. Namun, hari ini, PH melanggar MoU tersebut dengan meminta undi belah secara mengejut bagi satu usul dibawa menteri dalam negeri, di mana PH telah mengundi menolak usul tersebut,” katanya di Facebook.

Beliau merujuk usul dibawakan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin yang mencadangkan lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama lima tahun lagi bermula 31 Julai.

Dewan Rakyat menolak usul itu selepas 86 Ahli Parlimen mengundi menentang dan 84 lagi menyokong. Baki 50 lagi Ahli Parlimen tidak hadir.

Subseksyen 4(5) SOSMA membolehkan polis menahan tanpa bicara seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan untuk tempoh tidak melebihi 28 hari bagi siasatan.



Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook hari ini dilaporkan berkata, keputusan Ahli Parlimen PH mengundi menolak usul itu tidak akan mengancam MoU dimeterai PH dan kerajaan persekutuan pada September lalu.

Katanya, PH tidak melanggar tanggungjawab, walaupun Ahli Parlimennya menentang usul dikemukakan kerana ia adalah hak mereka sebagai wakil rakyat.

Annuar menyifatkan tindakan PH menolak usul itu sebagai “blessing in disguise” dan memudahkan lagi tanggungjawab Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk melaksanakan mandat Perhimpunan Agung Umno (PAU), khasnya berkaitan pembubaran Parlimen selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Ianya juga membolehkan kita segerakan PRU (pilihan raya umum), selari dengan keputusan PAU tempoh hari.



“Gantung MoU! Kita buat persiapan dan bersedia untuk PRU15,” gesanya. FMT

MoU PH-kerajaan terbatal, dakwa Annuar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim



Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker