Kotak hitam pesawat MU5735 ditemui

Pasukan penyelamat mencari kotak hitam di lokasi nahas di wilayah Guangxi, semalam. – Xinhua

BEIJING – Seorang pegawai pihak berkuasa penerbangan China memaklumkan bahawa satu daripada dua kotak hitam milik pesawat China Eastern Airlines yang terhempas di sebuah kawasan pergunungan dalam wilayah Guangxi berjaya ditemui, lapor portal berita Mint.

Perakam itu dilaporkan berada dalam keadaan rosak teruk sehingga menyukarkan pihak berkuasa menentukan sama ada ia merupakan perakam data pesawat atau perakam suara kokpit.

Penemuan kotak hitam itu amat dinanti-nantikan kerana ia akan menjadi petunjuk utama kepada punca pesawat Boeing 737-800 itu menjunam dari udara pada kelajuan yang pantas sebelum terhempas.

Juruterbang-juruterbang pesawat itu tidak memberi respons kepada pegawai pengawal trafik udara ketika pesawat menjunam jatuh, kata pihak berkuasa. Kesemua 123 penumpang dan sembilan kru dianggap telah terkorban.

Sementara itu, stesen televisyen tempatan berkata, kerja-kerja pencarian dihentikan seketika di lokasi nahas ekoran cuaca buruk.

Rakaman turut menyiarkan serpihan pesawat bertaburan di kawasan berlumpur. – AGENSI

Kotak hitam pesawat MU5735

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker