Suami isteri ditahan reman bocorkan tender LLM

Suami isteri ditahan reman bocorkan tender LLM

Sepasang suami isteri ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bocorkan maklumat tender Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bernilai lebih RM1.2 juta.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, kedua-dua suspek berusia 44 dan 42 tahun itu ditahan SPRM petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Menurutnya, suspek wanita yang juga seorang pengarah dikatakan terbabit dalam pemilihan kontrak LLM.

“Suspek wanita itu juga dipercayai membocorkan maklumat tender bernilai RM1.2 juta kepada suaminya sebagai balasan syarikat milik suaminya.

“Difahamkan, syarikat suaminya pernah dilantik sebagai sub kontraktor kepada satu lagi syarikat yang berjaya mendapat projek berkaitan sistem elektronik pada tahun 2020,” katanya.

Katanya, Kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. K Online

Suami isteri ditahan reman bocorkan tender LLM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker