Bubar Parlimen untuk hadapai PRU-15, Top 5 UMNO masih belum putuskan



PETALING JAYA: Top 5 UMNO masih belum membincangkan cadangan membubarkan Parlimen seperti diputuskan Perhimpunan Agung UMNO 2021 Sabtu lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebarang ketetapan terhadap cadangan membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan dibincangkan lima pemimpin tertinggi UMNO iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden parti.

Ditanya bilakah perbincangan bakal berlangsung, beliau berkata, tarikh itu akan diputuskan dalam masa terdekat.

“Belum, kita belum bincang. Tarikh mesyuarat pun belum ditetapkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ketika Perhimpunan Agung UMNO 2021, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Ismail Yaakob berkata, keputusan berkaitan cadangan untuk membubarkan Parlimen akan dibincangkan dalam kalangan lima pimpinan tertinggi UMNO.




Pemimpin tertinggi UMNO belum berbincang mengenai pembubaran Parlimen bagi membuka laluan diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, ia juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Kabinet sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk pemimpin dan akar umbi UMNO mahu Parlimen dibubarkan segera bagi memberi laluan kepada PRU15 kerana mahu mengekalkan momentum kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Malah mereka memberikan alasan kerajaan sedia ada tidak stabil sekali gus memerlukan mandat baharu bagi membentuk pentadbiran yang kukuh ekoran majoriti yang ada adalah tipis dan boleh mempengaruhi kemasukan pelaburan serta ekonomi asing.

Bubar Parlimen untuk hadapai PRU-15, Top 5 UMNO masih belum putuskan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa



Leave a Reply

Your email address will not be published.